Home
Karnival Keusahawanan Tingkatan 5 (SUMMERAFEST) 2024
🔆KARNIVAL KEUSAHAWANAN T5 2024🔆
🍭IBUBAPA DIJEMPUT HADIR
🎯9.00 pagi - 4.00 ptg
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Batch Meravigliosa akan mengendalikan Karnival Keusahawanan Tingkatan 5 (SUMMERAFEST) 2024 pada ketetapan berikut:
📆 22 Mei 2024 (Rabu)
🕰 9:00 Pagi - 4:00 Petang
🎡 Gelanggan tenis dan Pakir Kenderaan bersebelahan Dewan Bestari serta kawasan sekitar
Program ini dijalankan bertujuan:
🖇 Memberi pendedahan kepada murid-murid tingkatan 5 tentang keusahawanan
🖇 Melatih diri murid dari segi kepimpinan
🖇 Mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli tingkatan
🖇 Menyemai rasa sayang kepada sekolah dalam diri murid-murid
Sebarang pembelian hanya sah dengan sistem kupon. Pengunjung boleh membuat pembelian kupon di kaunter kupon pada hari tersebut.
Marilah sama-sama memeriahkan suasana dengan menghadiri karnival ini untuk memberi sokongan kepada anak-anak Batch Meravigliosa.
Jemput datang semua! It's not summer without you!
TIGRINE terus unggul
🏆🥇: PLAY TO WIN 🏆🥇
KEJOHANAN BOLA JARING SBP NEGERI JOHOR TAHUN 2024
Tarikh: 09/05/2024
Tempat: SMJK PAI CHEE, MERSING
LIGA KUMPULAN A
STF vs SSI (12-9)
STF vs SAKTI (25-4)
SEPARUH AKHIR
STF vs SASEM (15-1)
FINAL
STF vs SSI (15-04)
ANUGERAH KHAS:
PENYERANG TERBAIK
AINAA SYARAFINA AYOB KHAN (GA)
PEMAIN TERBAIK
SITI NUR BALQIS BINTI MUHAMMAD NAZIR (C)
اَلْحَمْدُلِلّه
TIGRINE berjaya mengekalkan KEJUARAAN bagi tahun 2024. Terima kasih kepada Bonda, barisan pentadbir, guru-guru penasihat bola jaring terutamanya kepada PUAN ROZIANA ZAKARIA selaku pengurus pasukan dan PUAN LILI MURNNI MUHAMED selaku jurulatih pasukan TIGRINE serta semua guru penasihat bola jaring. Tidak lupa juga kepada semua guru yang memberi pelepasan kepada TIGRINE untuk bertanding di kejohanan kali ini. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada ibubapa, SK TIGRINE & PIBG yang sentiasa memberi sokongan. Jasa baik semua akan kami kenang.
STF Johan Perempuan Keseluruhan
Kejohanan Memanah Peringkat Kebangsaan SBP 2024
🗓️ 2-5 Mei 2024
📍SMAP Bentong
Pencapaian Pasukan Memanah STF
1️⃣ JOHAN
QR Perempuan Kumpulan Keseluruhan:
- Dzafirah Aqilah bt Ahmad Ambiah🥇
- Nur Batrisya Dhamirah bt Mohd Suffian🥇
- Nur Hasya Nadrah bt Mohd Suffian🥇
2️⃣ Dzafirah Aqilah bt Ahmad Ambiah:
1. Naib Johan OR Perempuan Individu🥈
2. Tempat ke-3 QR Perempuan Keseluruhan🥉
3. Naib Johan QR Perempuan Individu Set 2🥈
4. Tempat Ke-11 QR Perempuan Individu Set 1 🎗️
3️⃣ Nur Batrisya Dhamirah bt Mohd Suffian:
1. Tempat ke-8 QR Perempuan Keseluruhan🎗️
2. Tempat ke-4 QR Perempuan Individu Set 1🎗️
4️⃣ Tempat ke-4 QR Pasangan Campuran:
- Dzafirah Aqilah bt Ahmad Ambiah (STF)🎗️
- Nor Aiman bin Nor Adzlan (SDAR)🎗️