| Visi, Misi |
|
|
|
| Quotes |
|
"A guest sees more in an hour than the host in a year."
|
|
|
| Jamuan Meraikan Kejayaan SBT |
6 Feb - Jamuan makan tengahari telah diadakan di Restoren Selasih, Persada Johor, Johor Bahru bagi meraikan warga pendidik di atas kejayaan meraih Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Warga Pendidik yang lahir pada bulan Januari dan Februari juga diraikan pada majlis tersebut.
|
awie on February 06 2010 13:46:39 ·
0 Comments · 4 Reads
·
|
|
| STF Terima Pengiktirafan SBT |
29 Jan - STF telah menerima anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi KPM 2010 di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Majis disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan.
|
awie on February 03 2010 07:50:09 ·
0 Comments · 9 Reads
·
|
|
| STF dapat anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi |
26 Jan- Hajah Junaidi Santano, Pengetua Cemerlang STF memaklumkan secara rasmi kepada pelajar dan guru-guru tentang kejayaan STF meraih Sekolah Berprestasi Tinggi antara 20 buah sekolah seluruh Malaysia di perhimpunan pagi. Tahniah kepada semua warga STF, PIBG dan Srikandi yang sentiasa berkerjasama memberi sokongan dalam segala aktiviti STF ke arah kecemerlangan. Hajah Junaidi Santano juga ditemubual oleh Bernama, pihak EduwebTV dan Utusan. Semoga kejayaan ini akan memberi semangat yang berkobar-kobar kepada semua warga STF dalam meningkatkan lagi kecemerlangan dalam segala bidang.
|
awie on January 26 2010 23:32:40 ·
1 Comments · 70 Reads
·
|
|
| Sidang Video Bersama KPPM di Eduweb TV |
Hajah Junaidi Santano, Pengetua Cemerlang STF telah dipilih selain Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar, Pengetua MCKK, Kuala Kangsar dan Pengetua SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru yang askan terlibat dalam Sidang Video Bersama KPPM di Eduweb TV yang disiarkan secara langsung menerusi laman web Eduweb TV mulai jam 9.00 pagi pada 12 Januari 2010. Perkara yang akan dibincangkan adalah berkaitan Perutusan Tahun Baru 2010 Menteri Pelajaran Malaysia. Rancangan ini boleh ditonton secara langsung melalui laman web www.eduwebtv.com.
|
awie on January 11 2010 23:00:21 ·
0 Comments · 95 Reads
·
|
|
| Pendaftaran pelajar Ting. 1 |
Pagi tadi berlangsung Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 di STF. Ibu bapa bersama pelajar datang seawal 7.30 pagi lagi untuk mendaftar di STF. Majlis bermula pada jam 91.5 pagi di Dewan Bestari dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Ruzaiza Ahmad. Majlis diteruskan dengan Ucapan Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru STF, Pn. Lya Rahman. Beliau menyeru ibu bapa agar dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada PIBG untuk sama-sama membantu pihak sekolah dalam pelbagai bidang. Pn. Hajah Junaidi Santano, Pengetua Cemerlang dalam ucapannya turut menyentuh harapan dan halatuju STF pada tahun 2010 untuk lebih gemilang dalam akademik seiring dengan sahsiah dan kokurikulum. Pn. Hajah Maimunah Mohd Sidin selalu PK (HEM) juga menerangkan tentang prosidur outing dan diakhiri dengan ucapan wakil ibu bapa sebagai tanda penyerahan pelajar kepada pihak sekolah. Proses pendaftaran kelas, asrama dan pembayaran berlangsung selepas itu.
|
awie on January 11 2010 22:52:18
·
|
|
| Jadual Outing & Taqwim Sekolah |
Jadual Outing & Taqwim Sekolah akan dipaparkan di portal setelah mendapat maklumat daripada pihak pentadbiran. Harap maklum.
|
awie on January 11 2010 22:24:46 ·
2 Comments · 130 Reads
·
|
|
| Pendaftaran Kokurikulum |
Majlis pendaftaran kokurikulum bagi pelajar iaitu Sukan & Permainan, Kelab & Persatuan dan Badan Beruniform berjalan dengan lancar pada petang tadi. Majlis dimulakan dengan Taklimat oleh Cik Nora Azizah Hj. Othman selaku Penolong Kanan (Kokurikulum) STF. Semua pelajar diwajibkan mendaftar setiap satu dalam ketiga-tiga kategori. Mesyuarat Agung setiap kategori juga terus dijalankan bagi memilih Ahli Jawatankuasa.
|
awie on January 06 2010 23:53:11 ·
0 Comments · 97 Reads
·
|
|
| Selamat Kembali ke Desa Tun |
|
awie on January 03 2010 13:22:10 ·
0 Comments · 104 Reads
·
|
|
| Nurul Hidayati 0206 kembali ke rahmatullah... Al-Fatihah |
Beginilah sms yang saya terima pada 9.08 malam 01/01/2101 dari Iylia "Cikgu, iylia ni. Hari ini batch kami kehilangan seorg rakan, hidayati hassan. Dia telah kembali ke rahmatullah jam 6.50 ptg. Sem0ga roh nya berada bersama di kalangan org yg beriman.Al-fatihah"
Berita tentang penyaikit yang dialami oleh Allahyarhamah Nurul Hidayati pernah disiarkan dalam portal STF pada 6 November 2008 dan telah dikepilkan di bawah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang yang beriman. Sesiapa yang ingin menziarahi Allahyarhamah , alamat rumah adalah seperti berikut :
No 4,jalan damai 1,taman desa damai,sg merab luar,bangi...
Al-Fatihah....
Berita pada 6 November 2008 Nurul Hidayati Hassan - Batch 0206

Seorang bekas pelajar STF, Nurul Hidayati Hassan - Batch 0206 sedang sakit tenat dan kini berada di Wad ICU Medical Centre Kampung Baru, Kuala Lumpur. Rakan-rakan yang berhampiran jika berkelapangan, silalah ziarah. Marilah kita sama-sama mendoakan dan membacakan Yassin agar kesihatannya pulih kembali.
Terkini - pada 9/11,sekumpulan guru STF diketuai pleh Pn Saidah Ahmad, PK (HEM) telah menzirahi Nurul Hidayati Hassan. Beliau sudah keluar dari ICU dan dalam keadaan stabil serta sangat ceria ketika bertemu dengan guru-guru STF. Maklumat terkini, beliau sudah keluar dari Medical Centre Kampung Baru, Kuala Lumpur. Diharapkan rakan2 yang tahu, boleh memberikan maklumat di ruangan komen. Lihat gambar semasa lawatan guru-guru STF menziarahi Nurul Hidayati Hassan di ruangan Galeri Gambar atau klik di sini . Terima kasih.
|
awie on January 02 2010 00:30:40 ·
1 Comments · 132 Reads
·
|
|
| Penggal Persekolahan 2010 |
Penggal Persekolahan 2010 pindaan terkini boleh diambil di ruangan muat turun atau klik di sini .
|
awie on January 01 2010 10:59:05 ·
0 Comments · 128 Reads
·
|
|
|
| Login |
Not a member yet? Click here to register.
Forgotten your password? Request a new one here.
|
|
| Events |
| Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
| 1 |
2 |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
| 8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
14 |
| 15 |
16 |
17 |
18 |
19 |
20 |
21 |
| 22 |
23 |
24 |
25 |
26 |
27 |
28 |
Birthday(s):
|
|
| Info Terkini |
Tahniah ... STF diiktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi.
Saringan Acara Sukan pada 8 dan 9 Februari 2010.
|
|
| Users Online |
Guests Online: 4
No Members Online
Registered Members: 407
Newest Member: maizatul
|
|
| Submissions |
News Submissions: 0
Article Submissions: 0
Link Submissions: 0 |
|
|
| Shoutbox |
You must login to post a message.
|
|
|