Portal Rasmi Sekolah Tun Fatimah
Menu
Laman Utama
Artikel
Muat Turun
Forum
Pautan
Buletin STF
Hubungi Kami
Galeri Gambar
Carian
Buku Tetamu

Sejarah Sekolah
Piagam Sekolah
Lagu Sekolah
Enrolmen Guru & Pelajar
Peta Lokasi
PIBG
Lencana Sekolah
Staf Akademik
Koleksi Video
E-Tempahan M.Bestari
Lihat E-Tempahan M.Bestari
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan
Visi, Misi
Visi STF
STF sekolah terbilang melestarikan tradisi kecemerlangan bertaraf dunia


Misi STF
STF memberi pendidikan berkualiti kepada pelajar-pelajar cemerlang melalui pengurusan sekolah unggul dan perkongsian bestari ke arah melahirkan generasi terbilang

Latest Downloads
Jadual Percubaan PMR... 102
Jadual Pertengahan T... 157
Jadual Pertengahan T... 115
Jadual Pertengahan T... 139
Jadual Ujian 1 2010 ... 309
Popular Downloads
Senarai Ahli Blok E 3045
Jadual Peperiksaan T... 2778
Jadual Peperiksaan T... 2670
Jadual Peperiksaan T... 2637
Jadual Peperiksaan T... 2503
Quotes
"The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires."(William Arthur Ward)
Random Photo
Waktu Solat
Pautan
SBPExcellent

SMSSekolah

SMSSekolah

SMSSekolah
Perubahan Outing Bermalam
Outing bermalam yang dijadualkan pada 31 Julai 2010 ditunda ke 7 Ogos 2010 di sebabkan perubahan aktiviti sekolah. 31 Julai 2010 adalah hari ganti persekolahan. Harap maklum.
awie on July 19 2010 13:53:43 · 1 Comments · 22 Reads · Print
STF berjaya ke Final Band NATCOMP
STF Johan Band NATCOMP Preliminary Round - South Zone yang berlangsung pagu tadi di SMK Dato' Jaafar, Johor Bahru. Sebanyak 4 buah sekolah menyertai iaitu STF, SIGS, SMK Paduka Tuan, Segamat dan SMK Jalan Mengkibol Kluang.  Tahniah, STF juga terpilih menyertai peringkat akhir pada 15 Julai ini jam 9 pagi di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
awie on July 07 2010 17:02:22 · 2 Comments · 50 Reads · Print
Lawatan Makmal Bestari dari KPM
Lawatan Makmal Bestari STF Tinjauan Masalah

30 Jun - Makmal Bestari baru yang masih belum diserahkan dilawati oleh En. Nurazmil Paimon dari Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia dan disertai oleh kumpulan Kontraktor, Konsultan dan Arkitek. Pihak Kontraktor berjanji akan menyerahkan Makmal Bestari 2 Tingkat ini sebelum Raya Puasa. Dengan janji ini, pihak sekolah amat mengalu-alukan kerana Makmal Bestari yang sepatutnya diserahkan pada bulan 9 lepas amat dinantikan oleh guru dan pelajar STF. Makmal Komputer sekarang adalah pengubahsuaian dari kelas biasa.
awie on July 01 2010 23:27:08 · Print
Jadual Percubaan PMR - Sekolah
Percubaan PMR - Sekolah akan bermula pada 13 Julai dan berakhir pada 16 Julai 2010. Jadual boleh dimuat turun dari ruangan Muat Turun atau klik di sini.
awie on July 01 2010 21:36:04 · Print
STF raih 17 Sijil Penghargaan
29 Jun - STF meraih 17 Sijil Penghargaan semasa Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Besar Kompleks Islam Johor. Antara Sijil Penghargaan yang diraih adalah

1. Sekolah Berprestasi Tinggi
2. Pencapaian SPM 2009 (Pencapaian Prestasi Cemerlang Melebihi 90%)
3. Pencapaian Terbaik Matematik SPM Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
4. Pencapaian Terbaik Matematik Tambahan SPM Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
5. Pencapaian Terbaik Kimia SPM Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
6. Pencapaian Terbaik Bahasa Inggeris SPM Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
7. Pencapaian PMR 2009 (Pencapaian Prestasi Cemerlang Melebihi 90%)
8. Pencapaian Terbaik Matematik PMR Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
9. Pencapaian Terbaik Sains  PMR Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
10. Pencapaian Terbaik Pendidikan Islam PMR Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh 
11. Pencapaian Terbaik Bahasa Inggeris PMR Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
12. Pencapaian Terbaik Kemahiran Hidup 4 PMR Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
13. Pencapaian Terbaik Sejarah PMR Kategori Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh
14. Audit Dokumen Pengurusan Sekolah Menengah 2010 (Pencapaian Melebihi 90%)
15. Penarafan Kendiri Sekolah Menengah 2009 (Pengurusan Berkualiti SKPM Melebihi 90%)
16. Liyana Syahirah Muhamad Yusof Mewakili Negeri Johor Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Bandar.
17. Liyana Syahirah Muhamad Yusof- Naib Johan Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Bandar 2010.


Pencapaian PMR 2009   Pencapaian SPM 2009

awie on June 30 2010 08:40:51 · 3 Comments · 46 Reads · Print
Lawatan Keishin High School, Japan
23 Jun - STF menerima kunjungan dari rombongan Keishin High School, Japan seramai 4 orang guru dan 54 orang pelajar. Tujuan lawatan adalah untuk menjalinkan hubungan komunikasi antara pelajar-pelajar Asean. Semua acara dijalankan di Dewan Bestari dimulakan dengan Ucapan dari Pengetua STF, Pengetua Keishin High School, Japan, Ucapan dari pelajar STF & pelajar  Keishin High School, Japan dan diakhiri dengan persembahan dari kedua-dua buah sekolah. Sebelum berlepas pulang, pelajar Keishin High School, Japan dibawa melawat di sekitar sekolah. Semoga hubungan yang terjalin antara pelajar-pelajar ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang.
awie on June 24 2010 08:11:27 · 1 Comments · 35 Reads · Print
Lawatan Pengetua/Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia
Lawatan Pengetua/Guru Besar SBT Malaysia

22 Jun - STF menerima seramai 23 orang peserta rombongan yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Malaysia yang dalam rangka menghadiri kursus SBT di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor yang bermula pada 21 hingga 24 Jun 2010. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman bagi mengaplikasikan idea-idea yang baik di sekolah masing-masing.
awie on June 23 2010 09:29:20 · 0 Comments · 34 Reads · Print
Hari Bertemu Pelanggan
Hari Bertemu Pelanggan
Hari Bertemu Pelanggan yang berlangsung pagi tadi mendapat sambutan yang baik di kalangan ibu bapa. Guru-guru subjek Tingkatan 1,2 dan 3 ditempat di Dewan Melati manakala guru-guru subjek Tingkatan 4 & 5 pula berada di Dewan Bestari. Program yang bertujuan sebagai sesi perbincangan antara guru dan ibu bapa dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah bagi mencari jalan kejayaan.
awie on June 03 2010 07:38:24 · 1 Comments · 110 Reads · Print
Kursus Pemantapan SPM 2010
2 Jun - Semua calon SPM 2010 sedang berkampung di UTM bagi menghadiri Kursus Pemantapan SPM yang telah bermula semalam. Program ini adalah antara aktiviti dalam Program Kecemerlangan Akademik (PKA). Ianya adalah anjuran Biro Akademik PIBG dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling STF. Semoga program yang akan berakhir esok ini akan memberikan semangat kepada pelajar untuk terus mengekalkan kecemerlangan SPM 2009.
awie on June 02 2010 22:28:26 · 1 Comments · 101 Reads · Print
HKSBP Kebangsaan 2010
Pasukan Bolakeranjang STF sedang berjuang di SMS Pasir Putih, Kelantan. 12 pemain, 18 penyokong, 4 orang guru dan 2 orang staf berada di sana mulai 30 Mei hingga 4 Jun 2010. Keputusan setakat ini :
STF 62 - SMS Kuching 11 ,
STF 57 - SEMSAS 28,
STF 40 - SESMA 18

Malam ini akan bertemu dengan TKC, ayuh Srikandi dan ibu bapa pelajar STF yang berdekatan, sila hadir untuk memberi sokongan.
Semoga STF dapat menjulang semua kejuaraan di HKSBP.

Terkini 02 Jun - 10.40 malam

STF berjaya mengalahkan TKC , 41 - 36... Tahniah...

STF menang dengan SMS Kuching 53 - 34 di peringkat separuh akhir.Akan bertemu akhir dengan Sekolah Seri Puteri. Jom siapa yang berhampiran, datang beri sokongan..

Terkini 4 Jun 

STF meraih Naib Johan Bola Keranjang HKSBP Kebangsaan 2010. Tewas kepada SSP 32 berbalas 56...

Tahniah atas kejayaan ini, masih ada masa untuk meraih kejayaan di tahun hadapan...
awie on June 02 2010 17:07:34 · 3 Comments · 160 Reads · Print
Surat Makluman Senarai AJK PIBG STF
Surat  Makluman senarai AJK PIBG dan statistik pembayaran Bayaran PIBG telah diedarkan kepada semua ibu bapa. Pihak kami memohon maaf di atas kesilapan tarikh Mesyuarat Agung PIBG STF pada perenggan pertama surat tersebut. Tarikhnya adalah pada 25 Februari 2010 dan bukannya pada 13 Mac 2009. Kesilapan yang berlaku amat dikesali. Harap maaf.
awie on June 01 2010 11:08:39 · Print
Page 1 of 20 1 2 3 4 > >>
Masa Itu Emas
Login
Username

Password



Not a member yet?
Click here to register.

Forgotten your password?
Request a new one here.
Events
MonTueWedThuFriSatSun
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
Info Terkini


31 Julai 2010 adalah Sekolah Ganti & 7 Ogos adalah Outing bermalam. .




Today's Birthdays
No birthdays today
Users Online
Guests Online: 6
No Members Online

Registered Members: 461
Newest Member: adrin_iskandar
Countdown PMR

PMR 2010
5-12 Oktober 2010

MASA ANDA HANYA TINGGAL

Countdown SPM

SPM 2010
22 Nov -16 Dis 2010

MASA ANDA HANYA TINGGAL

Last Seen Users
askme 1 day
adrin_isk... 3 days
Roslinmr 4 days
syazan 4 days
Mariana 4 days
Nor Hafizah 4 days
adilah55 5 days
bushworlda 6 days
awie 1 week
meL 1 week

Submissions
News Submissions: 0
Article Submissions: 2
Link Submissions: 0
Shoutbox
You must login to post a message.

maliciousXP  
15/07/2010 21:49
tahniah STFBand walaupun tempat ke 6 kita dapat memperbaikit rekod peribadi tahun lalu dan cuma ketinggalan 0.3 mata dari no. 5

shazrin  
05/06/2010 00:54
congrate!!!

Syazleen_here  
04/06/2010 19:13
congrats dynamites ;D

aMoRe  
04/06/2010 13:49
thniah hksbp 2nd.good job.cuba lagi next year!clap

lanztie  
02/06/2010 12:30
SLM SAYA DAH TERIMA TQ......DIATAS KEPANTASAN PIHAK TUAN clap

Display More Shouts