Kursus Pemantapan SPM 2010
Posted by awie on June 02 2010 22:28:26
2 Jun - Semua calon SPM 2010 sedang berkampung di UTM bagi menghadiri Kursus Pemantapan SPM yang telah bermula semalam. Program ini adalah antara aktiviti dalam Program Kecemerlangan Akademik (PKA). Ianya adalah anjuran Biro Akademik PIBG dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling STF. Semoga program yang akan berakhir esok ini akan memberikan semangat kepada pelajar untuk terus mengekalkan kecemerlangan SPM 2009.