Lawatan Pengetua/Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia
Posted by awie on June 23 2010 09:29:20
Lawatan Pengetua/Guru Besar SBT Malaysia

22 Jun - STF menerima seramai 23 orang peserta rombongan yang terdiri daripada Pengetua/Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Malaysia yang dalam rangka menghadiri kursus SBT di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor yang bermula pada 21 hingga 24 Jun 2010. Tujuan lawatan adalah untuk berkongsi pengalaman bagi mengaplikasikan idea-idea yang baik di sekolah masing-masing.