Lawatan Makmal Bestari dari KPM
Posted by awie on July 01 2010 23:27:08
Lawatan Makmal Bestari STF Tinjauan Masalah

30 Jun - Makmal Bestari baru yang masih belum diserahkan dilawati oleh En. Nurazmil Paimon dari Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia dan disertai oleh kumpulan Kontraktor, Konsultan dan Arkitek. Pihak Kontraktor berjanji akan menyerahkan Makmal Bestari 2 Tingkat ini sebelum Raya Puasa. Dengan janji ini, pihak sekolah amat mengalu-alukan kerana Makmal Bestari yang sepatutnya diserahkan pada bulan 9 lepas amat dinantikan oleh guru dan pelajar STF. Makmal Komputer sekarang adalah pengubahsuaian dari kelas biasa.