Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

Utama

SK98 sumbang RM50K

28 Julai 2018 -Program Back to School adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Alumni Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah. Pada tahun 2018, giliran Alumni Sekolah Tun Fatimah sesi 1994-1998, atau lebih dikenali sebagai Srikandi 948, untuk meneruskan legasi Back to School. Program Back to School (BTS948) telah dilaksanakan selama 3 hari 3 malam di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru bermula pada 26 Julai 2018.
.
Objektif Program Back to School adalah untuk memberi peluang bagi Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah untuk berkhidmat untuk sekolah setelah 20 tahun meninggalkan Desa Tun, disamping meraikan guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sepanjang tahun 1994-1998. Bersempena dengan Program Back to School BTS948, pelbagai acara telah dijalankan dalam masa 3 hari tersebut bersama pelajar-pelajar. Program BTS948 dimulakan dengan Ceramah ‘Hebat Dunia dan Akhirat’ yang telah disampaikan oleh Dr Wan Noor Siah pada hari Khamis, 26/7/2018 bertempat di Musolla Fatimah az-Zahra (MUFAZ). Program yang dijayakan oleh bekas President MUFAZ tahun 1998, Dr Bahiyah Abdul Wahab dimulakan selepas solat Isya. Dr Wan Noor Siah mengupas tentang tabiat orang-orang yang hebat berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Majlis diteruskan dengan penyerahan 50 pasang Telekung untuk kegunaan pengunjung MUFAZ.

Program diteruskan pada keesokan harinya dengan acara balapan yang dipimpin oleh Haswani Che Wook, bekas penolong ketua Badan Perwakilan Pelajar tahun 1998. Seramai lebih kurang 30 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 telah turun padang berlari dan bermain dodgeball bersama-sama Srikandi 948.

Acara balapan dimulakan dengan ice-breaking oleh koordinator acara siang Rohayati Talha bersama pelajar. Perlumbaan acara larian 4x100m dan 4x400m telah berlangsung di Padang Hoki STF. Acara larian berjalan dengan sangat lancar dan meriah, lebih meriah dan melucukan kerana pasukan Srikandi 948 yang berusia 37 tahun telah muncul juara untuk kategori 4x100m!!

Selesai acara larian, aktiviti diteruskan lagi dengan pertandingn dodgeball di gimnasium STF selepas minum pagi di kantin STF yang penuh nostalgia. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan disokong oleh Srikandi 948 yang bertugas. Juara dari pasukan pelajar telah bertanding dengan pasukan Srikandi 948, dan lagi sekali, Srikandi 948 berjaya membuktikan bahawasanya umur bukan penghalang apabila sekali lagi muncul sebagai juara!

Hari ketiga (28 Julai) “Kembali ke Sekolah” #948turns20 dimulakan dengan acara senaman Zumba yang dikendalikan oleh bekas pelajar 948, Rohaida Mohammad. Rohaida yang pernah menyandang jawatan Kapten Bola Keranjang sekolah 1998 kini merupakan seorang jurulatih kecergasan sepenuh masa.

Zumba adalah senaman kardiovaskular yang merupakan kombinasi elemen aerobik dan tarian yang berasal dari Columbia. Senaman ini melibatkan muzik yang rancak serta pergerakan menyeluruh. Sesi sejam zumba bersama pelajar berlangsung dengan santai, menyeronokkan dan membantu menghilangkan stress. Pelajar yang menyertai sesi ini telah diingatkan supaya mementingkan penjagaan kesihatan dan emosi untuk meningkatkan daya ketahanan, mencapai berat badan yang ideal dan meningkatkan kecergasan fizikal.

Perlawanan bola jaring di antara pasukan 948 dengan pasukan bola jaring sekolah telah di adakan di tapak baru gelanggang bola jaring bertempat di antara Blok E dengan kuarters guru. Walaupun hampir separuh dari pemain 948 tidak pernah bermain bola jaring, ia tidak melunturkan semangat juang kami yang tinggi. Pasukan adik-adik diwakili oleh pasukan bawah 15 dan pasukan bawah 18 yang telah memenangi beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan.

Walaupun otai 948 masih berbisa seperti GA, yang masih mampu “terbang” dan GS yang masih boleh menjaringkan gol walau sudah 20 tahun meninggalkan bola jaring selain dari bakat-bakat baru yang tidak disangka-sangka, kami terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan yang ternyata sangat berbisa. Jumlah jaringan di akhir perlawanan biarlah rahsia kerana yang penting semangat setiakawan penyokong-penyokong yang sanggup berpanas bersama kami adalah lebih dihargai.

Pada jam 11 pagi, perasmian Mural telah dijalankan oleh ketua projek mural, Nour Azreen Yusof. Majlis penyerahan diwakili oleh Puan Radziah, Guru Penolong Kanan I. Projek mural telah dijayakan oleh sekumpulan warga SK948 sejak awal tahun dimana beberapa dinding sekolah telah dihiasi dengan lukisan berbentuk motivasi di sekitar gelanggang tenis, gymnasium dan Dewan Bistari. Acara seterusnya adalah penyampaian sumbangan 20 biji bola jaring yang disumbangkan oleh semua bekas pemain bola jaring sejak 1990 hingga 1998. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh bekas pemain bola jaring 948 yang diketuai oleh Wan Kamelia Wan Hisham.

Pada masa yang sama, Forum Kerjaya dilaksanakan di Dewan Bistari. Forum ini telah dijayakan oleh Sharina Mat Lani (kejuruteraan), Dr Farizal Ashikin (Perubatan), Dr Bahiyah Abd Wahab (Pendidikan), Farah Aini Lugiman (Kesenian) dan Wan Kamelia (Perbankan) dan Nooreen Firdaus sebagai moderator. Seramai 5 orang wakil Srikandi 948 dari pelbagai bidang kerjaya telah berkongsi tips berkenaan cara pemilihan kerjaya dan perkongsian tentang kerjaya yang dimiliki. Forum ini diikuti dengan sesi berkumpulan dimana pelajar dapat bertanya sebarang soalan berkenaan dengan bidang kerjaya yang diminati.

Acara kemuncak BTS948 adalah Makan Malam BTS948 yang bertempat di Dewan Bistari, Sekolah Tun Fatimah pada 28 Julai 2018. Dewan dihias indah mengikut tema Black and Gold, diserikan lagi dengan photobooth dan dinding memoir yang menempatkan artifak lama yang disimpan sejak 20 tahun dulu. Seramai 86 ahli Alumni Srikandi 948 dan 30 guru-guru telah hadir ke majlis makan malam tersebut. Majlis makan malam tersebut yang dimudahcara oleh Srikandi Farah Aini, telah diserikan dengan tarian Flashmob yang diiringi oleh lagu-lagu kegilaan remaja zaman 80an. Srikandi Dr Nurul Ashikin Adnan dan Wan Fazlina telah mengubat rindu sahabat seperjuangan dengan nyanyian yang menggetarkan jiwa.
.
Sebagai tanda penghargaan buat pihak sekolah, Srikandi 948 telah berjaya mengumpul RM50,000 untuk kegunaan Sekolah Tun Fatimah. Sumbangan tersebut telah disampaikan di majlis makan malam BTS948 dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan sekolah seperti rak iPad, Telekung, lukisan mural dan bola jaring. Hadiah iringan buat semua guru turut disampaikan dalam majlis tersebut sebagai tanda ingatan dari bekas pelajar.

Bagi memperingati ulangtahun ke-20 SK948 meninggalkan Desa Tun, barisan urusetia Program BTS948 telah memotong kek ulangtahun bersama-sama. Sebelum bersurai, semua guru dan bekas pelajar SK948 bertukar-tukar hadiah dan mengambil gambar kenang-kenangan bersama-sama. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, urusetia, bekas pelajar dan semua yang terlibat secara lansung ataau tidak sepanjang program BTS948.

Masa

Pengumuman

 

 

Makluman : Nombor Telefon
Pejabat Sekolah  : 07-2364 706
Faks : 07-2376961
Emel : jeb1009@moe.edu.my

 

 

Selamat menghadapai Peperiksaan Percubaan SPM. Semoga mencapai kejayaan cemerlang. 

 

Kursus Selenggara Data HRMIS SBP Zon Selatan Tahun 2018 berlangsung di Makmal Komputer 2, STF pada 18 hingga 20 September 2018.

 

Majlis Solat Hajat Perdana PT3 & SPM 2018 akan diadakan pada 29 September 2018 (Sabtu) bermula jam 6.00 petang di Surau Fatimah Azzahara, Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. Semua ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir.

Guru Bertugas

 

 

 

 

26 - 30 OGOS 

PN. MELISA
CIK NOORLIZA

 

02 - 06 SEPTEMBER

PN. MARLINI
PN. NOR HIDAYAH

 

09 - 13 SEPTEMBER

PN. RAMLAH
EN. MUHAMMAD SAFWAN

 

16 - 20 SEPTEMBER

PN. INTAN
PN. JAYA

 

23 - 27 SEPTEMBER

PN. REEZA
CIK NORSILAH

 

30 SEPT. - 04 OKT.

EN. NOOR AZAM
CIK IDAYATI

Frog VLE

Login Form

Bahan Guru