Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

Pengetua

Statistik Pelawat

0707706
Hari IniHari Ini171
SemalamSemalam439
Minggu IniMinggu Ini171
Bulan IniBulan Ini8765
KeseluruhanKeseluruhan707706
Tertinggi 12-14-2017 : 1018
IP Anda: 54.221.136.62

Pelawat Di Talian

We have 31 guests and no members online

Akhbar

 
       

       

Pautan Pendidikan

          

         

PIBG

AKTA PENDIDIKAN 1996

PERATURAN – PERATURAN PENDIDIKAN

(PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU) 1998

[Subperaturan 7(2]

 

PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG )

SEKOLAH TUN FATIMAH

 

 

 

Nama dan Alamat

 

  1. Persatuan ini adalah dikenal dengan nama :

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Tun Fatimah

 

 2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah :

Sekolah Tun Fatimah, Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru

 

 

 

Tujuan- tujuan Persatuan

 3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah untuk :-

 

(i)        mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di dalam Sekolah Tun Fatimah (STF) dalam meningkatkan imej STF;

 

(ii)       membantu dan menambah usaha STF dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

 

(iii)      membolehkan ibu bapa dan guru dalam STF bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

 

(iv)      memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam STF berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka amnya; dan 

 

(v)       membolehkan ibu bapa dalam STF untuk berusaha menambah kewangan STF dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

 


Fungsi Persatuan

 4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:-

 

(i)        membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

 

(ii)       menambah sumber kewangan STF bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di STF;

 

(iii)      meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara STF dengan masyarakat setempat; dan

 

(iv)      meningkatkan keceriaan premis STF supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

 

 

Keanggotaan Persatuan

 5. Anggota Persatuan terdiri daripada :

 

(i)        semua guru di STF;

 

(ii)       ibu bapa kepada murid yang belajar dalam STF; dan

 

(iii)      warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untuk menjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian  atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan (seperti di Lampiran A).

6. Pengetua STF hendaklah menjadi anggota ex-officio dan Penasihat Persatuan.

 

 

Jawatankuasa Persatuan

7. Persatuan hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa PIBG”. Jawatankuasa PIBG hendaklah dilantik oleh anggota Persatuan setahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

8. Anggota Jawatankuasa PIBG hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

9. Keanggotaan Jawatankuasa PIBG adalah seperti berikut :-

 a)        seorang Yang Di-Pertua;

 b)        seorang Naib Yang Di-Pertua;

 c)         seorang Setiausaha;

 d)        seorang Bendahari; dan

 e)        10 orang Ahli.


10. Bilangan ibu bapa dan guru yang menganggotai Jawatankuasa PIBG hendaklah seimbang.

11. Pengetua tidak boleh menganggotai Jawatankuasa PIBG dan hanya bertindak sebagai Penasihat Persatuan.

12. Bilangan Ahli Jawatankuasa PIBG di perenggan 9 (e) hendaklah antara 1 hingga 10 orang.

13. Bilangan anggota Jawatankuasa PIBG di kalangan anggota Persatuan (bukan anggota guru di STF) yang tidak mempunyai anak di STF hendaklah tidak melebihi 1/5 daripada keseluruhan bilangan anggota Jawatankuasa PIBG berkenaan.

14. Tertakluk kepada perenggan 13 Perlembagaan ini dan Subperaturan 6(4) hingga 6(6) Peraturan-Peraturan Pendidikan Daerah (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1998, Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian (mengikut mana yang berkenaan) boleh melantik tidak lebih daripada 2 orang yang bukan anggota Persatuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa PIBG setelah mendapat kelulusan bertulis Pendaftar.

15. Tempoh memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG adalah bermula dari tarikh pelantikan sehingga tarikh Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun berikutnya atau sehingga suatu tempoh yang diluluskan oleh pendaftar

16. Jika berlaku kekosongan jawatan dalam Jawatankuasa PIBG, Yang Di Pertua hendaklah melantik mana-mana anggota biasa Persatuan, berdasarkan undian terbanyak di kalangan anggota Jawatankuasa PIBG, untuk mengisi kekosongan jawatan itu.

17. Jawatankuasa PIBG hendaklah mengedarkan kepada anggota Persatuan senarai nama dan alamat pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG pada setiap tahun selewat-lewatnya 14 hari selepas tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.

 

Fungsi Jawatankuasa PIBG

18. Fungsi Jawatankuasa PIBG ialah mengelola dan mengatur kegiatan Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Persatuan, tanpa bercanggah dengan dasar umum yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan, Perlembagaan ini dan Akta Pendidikan 1996 serta peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

 

(i)        Yang Di-Pertua

 

  • Menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat;

 

  • Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan;

 

  • Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran Persatuan serta memastikan bahawa peruntukan Perlembagaan dipatuhi oleh semua anggota Persatuan;

 

  • Sentiasa mematuhi segala peruntukan Perlembagaan dalam menjalankan tugas sebagai Yang di-Pertua;

 

  • Boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG pada bila-bila masa yang difikirkan perlu dengan persetujuan Pengetua;

 

  • Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan;

 

  • Memastikan segala aktiviti dan program Persatuan dilaksanakan dengan sempurna dan teratur; dan

 

  • Mendapatkan nasihat mengenai pengurusan Persatuan dari masa ke semasa daripada Pengetua selaku Penasihat Persatuan.

 

 

(ii)       Naib Yang Di-Pertua

 

  • Bertanggungjawab membantu Yang Di-Pertua dalam menjalankan fungsi-fungsi Yang Di-Pertua; dan

 

  • Menjalankan tanggungjawab dan fungsi Yang Di-Pertua semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

 

 

(iii)      Setiausaha

 

  • Menjalankan urusan Persatuan mengikut Perlembagaan Persatuan;

 

  • Melaksanakan keputusan-keputusan Mesyuarat Agung Tahunan dan mesyuarat Jawatankuasa PIBG;

 

  • Mencatat, menyedia dan menyimpan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Mesyuarat Agung Tahunan;

 

  • Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya dan

 

  • Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan, jika perlu.

 

 

 

(iv)      Bendahari

 

  • Bertanggungjawab menguruskan dan mengawal hal ehwal kewangan Persatuan dengan menyediakan dan menyimpan kira-kira  yang dikemas kini.  Penyata kira-kira bagi setiap tahun kewangan (1 Januari hingga 31 Disember) hendaklah disiapkan sebelum 1 Februari tahun berikutnya untuk diaudit.  Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan.  Satu salinan penyata yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar selepas Mesyuarat berkenaan;

 

  • Menguruskan perbelanjaan Persatuan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan atau mesyuarat Jawatankuasa PIBG;

 

  • Menyimpan wang tunai tidak melebihi sesuatu jumlah yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan pada sesuatu masa;

 

  • Menerima bagi pihak Persatuan semua derma atau sumbangan daripada mana-mana anggota atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan penerimaan dan dikreditkan ke dalam akuan Persatuan pada hari yang sama;

 

  • Menandatangani cek atau penyata pengeluaran wang Persatuan; dan

 

  • Memastikan tiada terlebih pengeluaran wang dari akaun Persatuan dan akaun sentiasa berbaki kredit.

 

 

Lain – lain jawatan

 

(v)       Penasihat Persatuan

 

Pengetua Sekolah adalah ex-officio Persatuan dan bertindak sebagai penasihat kepada Jawatankuasa PIBG dan Persatuan  Antara tanggungjawab dan fungsi Pengetua selaku penasihat adalah seperti berikut :-

 

  • Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa PIBG, Mesyuarat Agung Tergempar, tetapi tidak boleh mengundi;

 

 

  • Mewakili pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mengawal dan menasihati Persatuan supaya segala aktiviti, program, kegiatan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat-mesyuarat Persatuan tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan, dasar-dasar  Negara dan dasar-dasar mengenai pelajaran dan pendidikan serta hal-hal berkaitan dengan pentadbiran sekolah;

 

  • Berhak untuk menghentikan dan menangguhkan mesyuarat Persatuan jika difikirkan wajar untuk kepentingan anggota Persatuan;

 

  • Meluluskan semua agenda mesyuarat dan perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan Persatuan;

 

  • Memberi penjelasan kepada sesuatu isu mengenai pengurusan dan perjalanan STF dan akademik serta isu-isu yang berkaitan dengannya dalam mesyuarat persatuan;

 

  • Memastikan kegiatan Persatuan selari dengan tujuan dan fungsi Persatuan;

 

  • Memastikan sumbangan anggota Persatuan yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan tidak membebankan dan tidak mengandungi sebarang unsur paksaan; dan

 

  • Menentukan tetamu kehormat dan para jemputan yang menghadiri sebarang majlis anjuran Pesatuan dilayan mengikut peraturan dan protokol yang ditetapkan oleh Kementerian.

 

 

(vi)      Juru Audit Dalaman

 

  • Persatuan hendaklah melantik 2 orang juru audit dalaman dari kalangan anggota Persatuan yang tidak menjadi anggota Jawatankuasa PIBG pada Mesyuarat Agung Tahunan, seorang daripada kalangan ibu bapa dan seorang lagi dari kalangan guru.

 

  • Tanggungjawab juru audit dalaman adalah seperti berikut :-

 

(a)      mengaudit akaun Persatuan pada setiap akhir tahun kewangan; dan

 

(b)      menjalankan pengauditan secara berkala seperti mana yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

 

Kuorum

19. Kuorum mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan adalah seperti berikut :-

 

(i)        Mesyuarat Agung Tahunan – hendaklah tidak kurang daripada 3 kali jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG; dan

 

(ii)       Mesyuarat Jawatankuasa PIBG – hendaklah tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan anggota Jawatankuasa PIBG.

 

Mesyuarat Agung Tahunan

20. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum akhir bulan Mac.

21. Jika Mesyuarat Agung Tahunan tidak diadakan sebelum akhir bulan Mac, Jawatankuasa PIBG hendaklah mengemukakan alasan dan tarikh yang dicadangkan kepada Pendaftar melalui Pengetua, sebelum 31 Mac.

22.Notis tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan hendaklah diberikan kepada anggota  Persatuan selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat.

23.Sekiranya kuorum untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan tidak mencukupi dalam tempoh 1 jam dari masa yang ditetapkan, Mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan Jawatankuasa PIBG hendaklah mengeluarkan notis bertulis kepada anggota Persatuan memaklumkan tarikh baru Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 30 hari dari tarikh asal tersebut .

24.Agenda Mesyuarat Agung Tahunan mengandungi perkara-perkara berikut:-

(i)        Ucapan Pengerusi;

(ii)       Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu;

(iii)      Membentang dan menerima Laporan Tahunan;

(iv)      Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember tahun sebelumnya;

(v)     Membahaskan usul,  jika ada;

(vi)     Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun berkenaan ;

(vii)    Pemilihan Juru Audit Dalaman;

(viii)    Ucapan penangguhan; dan

(ix)     Lain -lain hal.

 

25. Sebarang usul bertulis hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.  Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk menapis usul-usul yang dikemukakan sebelum diluluskan untuk perbincangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

26. Mesyuarat Agung Tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh kemajuan dan kebajikan Persatuan.  Pemilihan pemegang jawatan hendaklah dibuat seperti berikut :-

(i)        anggota yang dicalonkan untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG hendaklah hadir dalam Mesyuarat;

(ii)       setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong; dan

(iii)      pemilihan hendaklah dijalankan secara undian bagi jawatan yang ditandingi.  Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang dipertandingkan.

 

Mesyuarat Agung Tergempar

27. Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan dalam keadaan-keadaan berikut :-

(i)        apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa PIBG;

(ii)       atas permintaan bertulis sekurang-kurangnya 1/5 daripada jumlah anggota Persatuan;  atau

(iii)      atas arahan Pendaftar.

28. Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh keputusan Jawatankuasa PIBG atau tarikh penerimaan anggota Persatuan atau tarikh arahan Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan. Notis bertulis mengenai Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dikemukan kepada anggota Persatuan selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh Mesyuarat hendak diadakan.

29. Urusan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadkan kepada tujuan Mesyuarat itu diadakan.

 

Laporan Mesyuarat

30. Laporan Mesyuarat Agung Tahunan bersama-sama Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat .

31. Laporan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah atau Pegawai Pejabat Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan, dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Mesyuarat.

 

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

32. Jawatankuasa PIBG hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh satu tahun persekolahan.

33. Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberikan kepada Jawatankuasa PIBG selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh mesyuarat.

34. Yang Di-Pertua, atau sekurang-kurangnya 3 orang anggota Jawatankuasa PIBG, boleh memanggil mesyuarat Jawatankuasa PIBG apabila difikirkan perlu dengan persetujuan Penasihat.

35. Setiap anggota Jawatankuasa PIBG yang tidak hadir mesyuarat sebanyak 2 kali tanpa sebab hendaklah digugurkan keanggotaannya dalam Jawatankuasa PIBG secara automatik dan Yang Di-Pertua hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada anggota berkenaan sebaik sahaja keputusan itu dibuat.

 

Punca-Punca Pendapatan Persatuan

36. Punca-punca pendapatan Persatuan adalah daripada :-

(i)        sumbangan anggota Persatuan (anggota Persatuan tidak boleh dipaksa memberi apa-apa sumbangan);

(ii)       derma dan sumbangan daripada individu, organisasi dan badan-badan lain;  dan

(iii)      pendapatan yang diperolehi daripada aktiviti dan program anjuran Persatuan yang telah mendapat kelulusan Pendaftar.

 

37. Jawatankuasa PIBG hendaklah membuka suatu akaun dimana-mana bank tempatan yang berdaftar atas nama Persatuan.

38. Sebarang wang yang diterima atau diperolehi oleh Persatuan hendaklah dikreditkan ke dalam akuan Persatuan pada hari wang tersebut diterima atau diperolehi. Walau apapun peruntukan tersebut, Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak melebihi RM1,000.00 pada satu-satu masa.

 

Perbelanjaan Wang Persatuan

39. Jawatankuasa PIBG diberi kuasa untuk membelanjakan wang Persatuan bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada pelajar-pelajr STF yang tidak bercanggah dengan tujuan-tujuan Persatuan.

40. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Persatuan hendaklah ditandatangani oleh Yang DiPertua dan Bendahari atau Setiausaha, semasa ketiadaan Yang Di-Pertua.

41. Bendahari dan Yang Di-Pertua hendaklah memastikan tiada berlaku terlebih pengeluaran wang dan akaun Persatuan sentiasa berbaki kredit .

42. Tahun kewangan Persatuan bermula pada 1 Januari hingga 31 Disember tahun semasa.

 

Penyimpanan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

43. Penyata Kira-Kira Kewangan Persatuan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan untuk diterima dan diluluskan oleh anggota Persatuan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

44. Satu salinan Penyata Kira-Kira Kewangan yang telah diaudit serta diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dihantar kepada Pendaftar dan Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian, mengikut mana yang berkenaan.

45. Pendaftar, Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Bahagian, Pengetu adalah dibenarkan memeriksa akaun Persatuan pada bila-bila masa.

 

Harta Amanah Persatuan

46. Persatuan tidak boleh memegang apa-apa harta, sama ada harta alih atau harta tidak alih, atas namanya sendiri . Apa-apa harta yang, sebelum dari tarikh Perlembagaan ini berkuat kuasa, diletakkan atas nama Persatuan hendaklah dialihkan kepada Kerajaan Malaysia, yang diwakili oleh STF, sebagai harta yang diamanahkan oleh Persatuan untuk digunakan bagi faedah pelajar-pelajar STF sahaja atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa PIBG dari semasa ke semasa.

47. Apa-apa harta yang diamanahkan kepada STF tidak boleh dipinda milik atau dilupuskan dengan apa cara sekalipun, melainkan dengan persetujuan anggota Persatuan yang diperolehi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

 

Pindaan Perlembagaan Persatuan

48. Sebarang cadangan untuk meminda Perlembagaan Persatuan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar, melalui Pengetua, untuk kelulusan terlebih dahulu.

49. Cadangan pindaan yang hendak dikemukakan kepada pendaftar hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada anggota Persatuan yang hadir.

50. Pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuat kuasa mulai daripada tarikh pindaan diluluskan oleh Pendaftar.

51. Pendaftar berhak meluluskan atau tidak meluluskan sebarang pindaan yang dicadangkan oleh Persatuan.

 

Larangan

52. Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya untuk merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan STF, guru, kakitangan dan pekerja STF dan syarat-syarat perkhidmatan guru dan kakitangan STF.

53. Persatuan bukanlah suatu entiti undang-undang dan tidak mempunyai keupayaan juridikal untukmembuat kontrak, perjanjian atau memorandum persefahaman, atas namanya sendiri. Apa-apa program dan aktiviti yang hendak dibuat oleh Persatuan yang memerlukan apa-apa suratcara yang mengikat dari segi undang-undang hendaklah dirujuk kepada Pendaftar, melalui Pengetua, untuk kelulusan dan panduan.

54. Persatuan tidak boleh menjadi forum atau jentera bagi menyelesaikan sebarang pertikaian antara Persatuan dengan Pengetua, Pejabat Pendidikan  Daerah, Pejabat Pendidikan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan.

55. Persatuan tidak boleh bergabung dengan persatuan ibu bapa dan guru di sekolah-sekolah lain, parti politik, kesatuan kerja, pertubuhan bukan kerajaan atau lain-lain organisasi, pertubuhan atau persatuan, sama ada yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau tidak.

 

Tafsiran

56. Sebarang kekeliruan atau pertikaian yang timbul daripada Perlembagaan ini hendaklah dirujuk kepada Pendaftar melalui Pengetua.

 

Pembubaran

57. Persatuan hanya boleh dibubarkan dalam keadaan berikut :

 (i)        atas arahan bertulis daripada Pendaftar ; atau

 (ii)       STF berhenti beroperasi.

58. Wang dalam akaun Persatuan hendaklah digunakan sebagaimana yang ditetapkan oleh pendaftar dan kegunaannya hendaklah bagi memanfaatkan pendidikan kanak-kanak di kawasan di mana Sekolah itu berada. Apa-apa harta alih dan tak alih yang telah diamanahkan kepada Sekolah hendaklah dilupuskan mengikut cara yang ditetapkan oleh Pendaftar.

59. Pengetua hendaklah memulangkan Sijil Pendaftaran Persatuan kepada Pendaftar apabila Persatuan dibubarkan.

 

 

 

Perlembagaan Sekolah : Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

 

Alamat Sekolah  : Jalan Tun Abdul Razak, 80000 Johor Bahru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                                                                                        

 

 

 

 

LAMPIRAN A

 

Panduan Permohonan Menjadi Anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru di bawah Subperaturan 4(2) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1998

1. Panduan ini adalah bertujuan untuk memperjelaskan maksud yang terkandung di dalam subperaturan 4(2) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persaturan Ibu Bapa dan Guru) 1998.

2. Subperaturan 4(2) menyatakan “Warganegara Malaysia yang tidak mempunyai anak atau jagaan yang belajar dalam sekolah itu tetapi berminat menjadi anggota Persatuan boleh memohon sama ada kepada Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar (bagi sesuatu negeri yang tidak mempunyai Pegawai Pendidikan Daerah atau Pegawai Pendidikan Bahagian) untuk menjadi anggota”.

3. Permohonan bagi menjadi anggota Persatuan di bawah subperaturan 4(2) hendaklah dibuat seperti yang dinyatakan di bawah:-

 a)         Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan BPA/PIBG/1 menjadi anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang tidak mempunyai anak di STF.

 b)         Pemohon hendaklah mengemukakan borang permohonan yang diisi dalam 4 salinan kepada Pegawai Pendidikan Daerah/Pegawai Pendidikan Bahagian/Pendaftar, melalui Pengetua.

 c)         Pengetua hendaklah membawa permohonan tersebut untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG dan persetujuan sebulat suara perlu dicapai dalam mesyuarat itu, sama ada untuk menerima pemohonan sebagai anggota Persatuan atau tidak.

 d)         Pengetua hendaklah mengemukakan borang permohonan yang telah disokong serta minit mesyuarat berkaitan kepada Pegawai Pendidikan Daerah/Pegawai Pendidikan Bahagian/Pendaftar tidak lewat dari 30 hari dari tarikh mesyuarat Agung Tahunan untuk kelulusan.

 e)    Kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh dua tahun dari tarikh kelulusan Pendaftar.

 f)         Permohonan yang diluluskan adalah untuk menjadi anggota Persatuan sahaja. Pelantikan ke sebarang jawatan dalam Jawatankuasa PIBG atau selainnya hendaklah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

 g)      Pendaftar boleh, jika ia mempunyai alasan yang munasabah, membatalkan kelulusan ini bila-bila masa.

 

 

 

Masa

Waktu Solat

  • Kota Tinggi, Mersing, Johor Bahru
  • 17/12/2017
  • Imsak 05:28
  • Subuh 05:38
  • Syuruk 07:01
  • Zohor 13:04
  • Asar 16:27
  • Maghrib 19:03
  • Isyak 20:18
  • JAKIM Widget e-Solat

Pengumuman

 

 

 

Makluman : Nombor Telefon
Pejabat Sekolah  : 07-2364 706
Faks : 07-2376961

 

 

Aktiviti akan datang :

 

PROGRAM KECEMERLANGAN SEJARAH - (6 OKT)

 

GRADUASI TINGKATAN 5 - (7 OKT)

 

LDP GURU (TERENGGANU) - (13-16 OKT)

 

KEM SPM - (14-21 OKT)

 

KEM JENAZAH TINGKATAN 3 - (22 OKT)

 

 

Guru Bertugas

 

 

 

01 - 5 OKT 2017

PN MARDIANA
PN SITI KHADIJAH

 

08 - 12 OKT 2017

PN NORHAFIZAH
PN LILI MURNNI

 

22 -26 OKT 2017

PN ROZIANA
EN RUZAIZA

 

29 OKT - 02 NOV 2017

PN.  NADZIRAH
PN SITI ZAFIRAH  

 

05 - 09 NOV 2017

PN LELY KHALILAH
USTAZ AHMAD SHAFIQ

 

12 - 16 NOV 2017

PN SITI MAIMUNAH
PN NORASHIKIN

 

19 -23 NOV 2017

PN FAEZAH
PN NUUROL WAHIDA

 

 

Login Form

Bahan Guru