Home
Persaraan Sensei Noraazizah kehilangan besar buat STF
27 Feb. 2020 - Semua warga STF bersedih dengan persaraan Sensei Noraaziah yang berlangsung dalam Majlis Lambaian Kasih Sanjungan di Dewan Bestari STF. Persaraan Sensei Noraazizah merupakan kehilangan besar buat STF. Beliau telah berkhidmat selama 22 tahun dalam bidang pendidikan di mana selama 17 tahun bertugas di STF sebagai Guru Bahasa Asing, Penolong Kanan (Kurikulum) dan Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid). Semoga Sensei terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dberkati dan dirahmati Allah SWT.
STF Johan Keseluruhan MQSS 2020 Zon Bandar & Majidee

26 Feb. 2020 - Pertandingan Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekooah Peringkat Zon Bandar & Majidee Tahun 2020 berlangsung di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. Pelbagai pertandingan dijalankan antaranya Tilawah Al-Qiran, Hafazan, Nasyid, Khat dan Mimbar Daie. Sebanyak 21 buah sekolah yang terlibat. Berikut adalah Keputusan Pertandingan MQSS 2020 Peringkat Zon Bandar dan Majidee bagi peserta Sekolah Tun Fatimah :
1-Hafazan Perempuan
Sabrina Kamsan - Johan
Amirah - Naib Johan
2-Tilawah Al Quran Perempuan
Nurdinie - Johan
Fatimah - Tempat ke - 4
3-Nasyid
- Tempat ke - 5
4-Mimbar Daie
1-Imanina - Naib Johan
2-Adriana Safiah -Tempat ke - 4
5-Khat
1-Amalina - Naib Johan
2- Zuhairah - Tempat ke - 4
* Sekolah Tun Fatimah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Pertandingan MQSS Peringkat Zon Bandar Majidee
Majlis Persaraan Sensei Noraazizah
Majlis Persaraan Sensei Noraazizah akan berlangsung pada 27 Februari 2020 di Dewan Bestari mulai jam 10.30 pagi.
Jadual Penilaian Kurikulum 1 Tahun 2020
Penilaian Kurikulum 1 (PK1) Tahun 2020 akan berlangsung mulai 1 hingga 5 Mac 2020. Jadual PK1 boleh dimuat turun dengan klik sini.


