Home
Majlis Nostalgia Bakti Sanjungan Abadi 2026
Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pn. Rohaiza Binti Tapsir atas segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di sekolah ini. Semoga persaraan yang dinikmati dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan keberkatan.
Penghargaan turut diberikan kepada Pn. Kalsom Binti Daud, kakitangan sokongan sekolah, yang telah menamatkan perkhidmatan beliau dengan penuh dedikasi dan komitmen. Segala jasa dan sumbangan beliau akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga sekolah.
Pada masa yang sama, warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn. Juhaida Binti Kasron yang akan meneruskan perkhidmatan di sekolah baharu. Semoga terus cemerlang dan berjaya dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab di tempat baharu.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasa dikenang, budi disanjung.
Pertandingan Kejohanan Ragbi Sentuh Peringkat Kebangsaan SBP 2026
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA, KEDAH
TARIKH : 10 - 14 JUN 2026
Pengurus Pasukan: Puan Che Norzila Binti Che Daud
Jurulatih: Encik Mohd Faizal Bin Amdan
Guru pengiring: Cik Wan Nur Afiqah Binti Zulkefli dan Cik Nur Syazrina Binti Abd Razak
Pencapaian: Suku Akhir (Kategori Plate)
Ranking : 16/50 SBP yang bertanding
Pertandingan Debat Generasi Madani Piala Ahli Parlimen Johor Bahru 2026
TEMPAT : IPG TEMENGGONG IBRAHIM dan PERPUSTAKAAN SULTAN ISMAIL
TARIKH : 12-14 JUN 2026
Nama Peserta:
1. Anis Zuhayrah Binti Zulkefly
2. Sarra Damyia Srikandi Binti Abu Yazid
3. Fasha Amanda Binti MD Fadill
4. Arissa Dhia Zahra Binti Amin
5. Puteri Nur Balqis Binti Azuan
Guru pembimbing:
Pn. Noor Fadzilah binti Abdul Majid
Guru pengiring:
1)Ain Rusyahira binti Mohd Asri
2)Noor Shamira Emalin binti Che Kamal
Hakim:
1. Ramlah binti Abdul @ Sadul
2. Mohd Afiq bin Jaziman
Pencapaian: JOHAN


















