Home
Anugerah Tokah Nilam Kebangsaan 2025
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah diucapkan kepada Ikhzzah Rahim binti Ibrahim Kutty yang telah mengharumkan nama negeri Johor dengan pencapaian Tempat Ketiga dalam Pertandingan Pembaca Bestari Sekolah Menengah (Bahasa Inggeris) Peringkat Kebangsaan, sempena Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2025.
Tempat : Vivatel Kuala Lumpur
Tarikh : 15–20 Jun 2025
Kejayaan ini adalah bukti bahawa kegigihan, disiplin dan minat mendalam terhadap pembacaan mampu membawa seseorang ke puncak kecemerlangan.
Setulus penghargaan juga ditujukan kepada:
Bonda Pengetua yang sentiasa memberikan dorongan dan inspirasi,
Ibu bapa tercinta atas sokongan yang tidak berbelah bahagi,
Warga pendidik STF yang membimbing dengan sabar dan penuh dedikasi, serta semua yang telah mendoakan dan menyokong dari awal hingga akhir.
Tahniah juga diucapkan kepada seluruh kontinjen Johor yang telah bertanding dengan penuh dedikasi dan semangat juang tinggi dalam mengangkat martabat NILAM ke peringkat tertinggi.
Kesuma : STEM OUTREACH 2025
Tempat : SK LKTP LINGGIU
Tarikh : 11 Jun 2025
Program ini bertujuan menyemai minat murid sekolah rendah dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) melalui pelbagai aktiviti menarik, demonstrasi eksperimen, serta sesi perkongsian ilmu oleh murid-murid STF sendiri.
Terima kasih kepada pihak Encik Rosli bin Kasmodin, Guru Besar SK LKTP LINGGIU atas sambutan hangat daripada guru-guru serta murid-murid SK Linggiu serta kerjasama yang sangat baik. Semoga usaha kecil ini menjadi pemangkin besar dalam mencetuskan minat generasi muda terhadap dunia STEM
Pertandingan NICTSED 2025
TEMPAT : BILIK DINAMIK SEKTOR SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN,JABATAN PENDIDIKKAN NEGERI JOHOR
TARIKH : 17 JUNE 2025
Nama Peserta :
1. VALORA NOUR NABEEHA BINTI MOHD GADAFFIE
2. SUFI LIYANA BINTI SAIFUL
3.MEDINA RAIHANNAH BINTI HAMRAN
Guru pembimbing :
ABDUL RASHID BIN YAACOB
Objektif :
MENDEDAHKAN PARA MURID DENGAN CAKNA AKAN KESELAMATAN CYBER