Home
KEMPIMPINAN MUDA GENERASI MADANI SBP

TEMPAT : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
TARIKH : 26-27 Feb 2025
Program ini melibatkan penyertaan semua murid Tingkatan 3 yang berlangsung dengan penuh semangat dan kerjasama semua pihak. Murid-murid bukan sahaja mempelajari kemahiran asas perkhemahan, tetapi juga memupuk nilai kepimpinan, disiplin dan kerja berpasukan.
Tahniah kepada semua yang terlibat! Semoga semangat dan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
ANUGERAH PENDIDIKAN KELESTARIAN ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
Syukur alhamdulillah.
Sekolah Tun Fatimah telah berjaya meraih Anugerah Emas Sekolah Showcase dalam Program Pendidikan Kelestarian anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Pengiktirafan ini adalah hasil usaha gigih seluruh warga STF dalam memelihara alam sekitar melalui pelbagai inisiatif lestari seperti gotong-royong, kitar semula, Kuru Kuru, Plastic Free Tuesdays, kitar semula minyak masak, dan banyak lagi.
Terima kasih kepada Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, AKP, ibu bapa, serta murid-murid atas sokongan padu dalam menjayakan program kelestarian ini. Untuk tahun ini, kami bertekad untuk memperkasa lagi usaha kelestarian dan mencipta impak lebih besar demi masa depan yang lebih hijau!
MALAYSIA STEM RACING MALAYSIA 2025
TEMPAT : Universiti Teknologi Mara Cawangan Alor Gajah, Melaka
TARIKH : 23-26 Feb 2025
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sekolah Tun Fatimah dan SMK Bandar Putra Kulai, Johor Bahru atas kejayaan luar biasa dalam cabaran Malaysia STEM Racing 2025 di Peringkat Kebangsaan. Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin inspirasi kepada anak bangsa Johor di persada antarabangsa
WORLD YOUTH STEM INVENTION 2025 (WYSII25)
TEMPAT : MEDAN, INDONESIA
TARIKH : 23-27 FEB 2025
Pencapaian:
1. Catalyst - Bronze Award
2. Re-Earth - Gold Award
3. Vendblume - Gold Award
Tahniah kepada Team Rnd dan Inovasi Sekolah Tun Fatimah. Terima kasih kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa yang memberi sokongan.










