Home
Program Guru Muda Fizik Daerah Johor Bahru
29 Nov. 2024 - Program Guru Muda Fizik ini dijalankan setiap tahun sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid sekolah di sekitar Johor Bahru amnya dah anak-anak STF khasnya untuk mencapai A+ dalam subjek Fizik SPM tahun 2024. Murid-murid STF seramai 41 orang menjadi mentor kepada murid-murid sekolah luar yang seramai 100 orang dan membimbing mereka menjawab soalan kertas 2 Fizik. Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil dan melahirkan ramai murid cemerlang fizik dalam SPM 2024.






