Home
Program Kelestarian STF

PENGUMPULAN MINYAK MASAK TERPAKAI
Sempena kedatangan ibubapa menghantar anak-anak kembali ke asrama, jom ambil kesempatan ini untuk menghantar minyak masak terpakai anda ke STF untuk dikitar semula, pada Sabtu ini 9 Mac 2024, dikelolakan oleh Puan Reeza Haida Miskam (Penyelaras Kelestarian STF) di bawah program Kelestarian dengan kerjasama sekolah dan PIBG bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 ptg.
Bawa minyak masak terpakai anda yang telah ditapis dan diisi di dalam bekas yang bersesuaian dan hantarkan ke pusat pengumpulan sementara minyak masak terpakai di Laman Puteri.
Kerjasama daripada semua ibubapa dan guru-guru amatlah di perlukan untuk menjayakan program yang julung kalinya diadakan di STF. Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat menunjukkan sokongan kita terhadap usaha-usaha kelestarian di peringkat komuniti.
Terima kasih!



