Home
Perkongsian Pintar di TKC


18 Nov. 2023 - Lawatan dari MCKK diteruskan pula dengan bertandang ke Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Pelbagai ilmu dapat dikongsi bersama-sama oleh kedua-dua Tech Leader TKC dan STF. Semoga jalinan dan kolaborasi antara Tech Leader TKC dan STF dapat menambah baik dalam pengurusan iPad di sekolah masing-masing. Terima kasih kepada pihak pengurusan TKC terutama kepada Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang TKC yang sudi menerima lawatan dari pihak STF.
Perkongsian Pintar di MCKK
17 Nov. 2023 - Seramai 24 orang murid, Tech Leader dan 2 orang guru STF berkunjung ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak bagi berkongsi pengalaman di antara kedua-dua sekolah dalam pengurusan penggunaan iPad dalam proses pembelajaran. Perbincangan pembelajaran secara maya dan pertandingan yang akan dikendalikan oleh kedua-dua Tech Leader MCKK dan STF dijalankan dan berakhir dengan pembentangan tugasan mengikut kumpulan. Semoga usaha kedua-dua Tech Leader MCKK dan STF berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada pihak pengurusan MCKK terutama kepada Encik Mohd. Shahadan bin Abdul Rahman, Pengetua Cemerlang MCKK yang sudi menerima lawatan dari pihak STF.
Faseeh Johan Pidato Men. Rendah

Karnival Bahasa Melayu KPM -SPRM Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 berlangsung di Hotel Grand Barakah pada 8 hingga 10 November 2023 yang dikelolakan Jabatan Pendidikan Selangor.
Keputusan Kategori Pidato Men. Rendah
Tempat Pertama : Faseeh Fardha (Johor-STF)
Tempat Kedua : Kedah.
Tempat Ketiga : Perlis
Juara Keseluruhan Karnival Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan 2023 : Negeri Johor











