Home
STEM Digital Ideation Competition
Inviting all teachers, students and Parents to join us on STEM ideation workshops during school holidays from 17-23rd December. This workshops are free for students to learn about Design Thinking, designing solutions to problems. We will guide students to think creatively. Those without iPad welcome to join and learn with us, certificate of attendance will be provided.
For the STEM DIgital Ideation competition using iPad, only for those with iPad, after the workshops you will start developing your solutions to problems you identified and submit your project work on the 30th of December 2020. We will teach how to create AR using Reality Composer App on iPad.
Please join us, parents encourage your children to learn from us over the school holidays. All sessions are free and certificates of attendance will be provided. If they have iPad they can continue to complete their project and submit for the competition.
Message
#MyiPadSTEMiDea
Dijemput semua guru dan pelajar berumur 13-19 tahun (public and private school serta matrikulasi) untuk sertai STEM Digital Ideation Competition using Augmented Reality on iPad. Pendaftaran di buka kini sehingga 16 Disember 2020, 11.59 pm. Terdapat tujuh siri online webinar bermula pada 17 Disember sehingga 23 Disember 2020. Hadiah menarik menanti para pemenang!
Pautan pendaftaran: https://bit.ly/arSTEMideation
#myipadSTEMidea
STF Johan DSTA Kebangsaan 2020

9 Disember 2020 - STF meraih Johan Pertandingan Digital Storytelling Animation (DSTA) Peringkat Kebangsaan 2020. Pasukan STF yang diwakili oleh Mai Alisha Sofia binti Mohamad Husni, Nik Iman Nabilah binti Shamsul Anuar dan Anyssa Farhana binti Aswat dibimbing oleh Cikgu Nur Safiqa binti Sapar menghasilkan video animasi bertajuk Curry.
Bonda Norisah wakil Malaysia
4 Disember 2020 : Dr Norisah Suhaili, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru terpilih sebagai wakil Malaysia dalam 2020 APEC School Leadership Program (ASLP) yang berlangsung pada 30 November hingga 4 Disember 2020. Tuan rumah program ini adalah negara Korea dan dijalankan melalui Sidang Video. Dr Norisah juga telah membentangkan amalan terbaik yang dijalankan di STF. Bonda juga telah diberi peluang untuk membuat ucapan penutupan. Pihak warga sekolah merasa bangga atas pengiktirafan yang diberikan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Majlis Penutup Maulidur Rasul Peringkat STF
20 Nov. 2020 - Majlis Penutup Maulidur Rasul Peringkat STF telah berlangsung secara maya melalui live streaming Youtube berjalan dengan lancar yang dikendalikan oleh Badan Dakwah dan Rohani, STF. Pelbagai aktiviti dijalankan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat STF, antaranya Pertandingan Nasyid, Busana Muslimah, Dai'e Solehah, Open Mic Hadis, Sepanduk Digital, Komik, Parodi Lagu dan Kuiz. Keputusan pemenang boleh dilihat melalui pautan ini, keputusan pemenang Maulidur Rasul Peringkat STF.







