Home
Hurin dianugerah Ikon Duta Penggerak Digital

26 Jan. 2021 - Syabas dan Tahniah buat Hurin Hasana binti Hasnan yang telah menerima Anugerah Ikon Duta Penggerak Digital Sekolah Menengah Negeri Johor Tahun 2020. Hadiah dan Sijil disampaikan oleh En. En Mohd Hairil Fitri bin Ja'afar, Penolong Pengarah, Sumber Dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Amanat Bonda Pengetua STF Tahun 2021
Jom sama-sama kita mendengar Amanat Pengetua STF, Ustazah Nor Hayati Bt Yusoff pada 20 Januari 2021 jam 7.20 pagi.
Makluman Penangguhan Pendaftaran Pelajar Tingkatan 5 Sesi 2021
Berdasarkan Kenyataan Media : Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Seluruh Negara oleh KPM, Pendaftaran Pelajar Tingkatan 5 Sesi 2021 adalah ditangguhkan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian. Pendaftaran Pelajar Sesi 2020 berjalan seperti biasa.
Harap maklum.
Makluman Pembukaan Semula Sekolah Tahun 2021
Para Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5 Sesi 2020 / 2021 boleh memuat turun maklumat di bawah
Surat Kebenaran Pelepasan Perjalanan Bagi Ibu Bapa/Penjaga Murid



