Home
Patuhi SOP
21 Julai 2020 - STF telah dikunjungi oleh Tuan Haji Omar bin Salleh, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor (Pembangunan Murid) . Beliau telah membuat pemantauan serta melihat persiapan sekolah sebelum kemasukan penuh murid ke sekolah. Antara lokasi yang telah dilawati adalah asrama, bilik isolasi, dewan makan, gymnasium, kelas, surau, makmal komputer, kantin, bilik SPBT dan bilik kaunseling. Beliau juga amat memandang serius akan pematuhan pihak sekolah terhadap SOP di setiap lokasi yang dilawati serta berpuashati terhadap persiapan sekolah bagi menerima kemasukan penuh murid pada 2 Ogos 2020.






















