Home
Kempen Anti Buli Peringkat Negeri Johor 2025

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri merangkap ADUN Larkin, yang hadir menyampaikan ucapan khas YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi. Dalam ucapan tersebut, YAB Menteri Besar Johor menegaskan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan gejala buli dibanteras habis-habisan demi melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin, beradab, serta mampu menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.
Kempen ini diadakan sebagai usaha berterusan untuk memberi kesedaran kepada seluruh warga sekolah tentang kesan buruk buli, selain mengingatkan murid bahawa perbuatan tersebut tidak boleh dikompromi sama sekali. Turut hadir ialah Penolong PPD Pra Sekolah & Rendah, Tn Hj Kamaruzaman Abdullah serta Yang Dipertua PIBG STF, Datuk Yahya Jaafar.
Pertandingan Tatacara Perjumpaan dan Penutup PPIM Peringkat Negeri Johor 2025

TEMPAT : DEWAN SENGGARANG BP
TARIKH : 23 OGOS 2025
Pencapaian : Tempat Keenam daripada 11 daerah yang bertanding.
Guru pembimbing:
AMIRAH ALIAH BINTI AHMAD HANIF
FARIDAH BINTI MARMUT
CHE NORZILA BINTI CHE DAUD
AIN RUSYAHIRA BINTI MOHD ASRI
Pertandingan Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2025

TARIKH : 20-23 OGOS 2025
TEMPAT : MELAKA MALL, MELAKA & SMS MUZAFFAR SHAH
Pencapaian :
FAN-TASTIC : GOLD
WARDRO : GOLD
VOLTECH : GOLD
Anugerah Khas :
FAN-TASTIC : SPECIAL AWARD (parallel session)
Jurulatih :
PUAN ROHAIZA BT TAPSIR
PUAN MAIZATUL NAILAH BT YUSOF
Guru pembimbing :
CIK ARISHA ARIHANA BT AZHARI









