Home
Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PPM) ke - 50

Tempat : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing
Tarikh : 23 – 26 Jun 2025
Tahniah dan syabas kepada pasukan bahas Bahasa Melayu STF atas pencapaian Anugerah Perak dan kedudukan ke-18 daripada 38 sekolah SBP seluruh negara. Lebih membanggakan, Marsya Najihah bt Rosmaini @ Rosman (5S) turut dinobatkan antara 10 Pembahas Terbaik dengan kedudukan ke-5 secara keseluruhan.
Syabas kepada :
• Marsya Najihah bt Rosmaini @ Rosman
• Umi Dhia Batrisya bt Mohamad
• Fatihah Maisarah bt Mohd Adnan
• Puteri Nur Balqis bt Azuan
Pertandingan Sahibba Choopp Digital Bahasa Melayu 2025

Tempat : Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru
Tarikh : 26 Jun 2025
Tahniah kepada Nur Syamimi Qaisara binti Shahebol Fa’hadzil yang telah berjaya mara ke Pusingan Akhir dan muncul antara 10 peserta terbaik (Kategori Menengah). Pertandingan anjuran DBP dan Perpustakaan Sultan Ismail ini bukan sekadar permainan, tetapi medan menguji penguasaan Bahasa Melayu, kemahiran berfikir, dan strategi bermain Sahibba Digital. Syabas kepada peserta atas keyakinan tinggi, penguasaan kosa kata yang luas dan semangat bersaing yang hebat sepanjang pertandingan.
Kejohanan Olahraga MSSD Johor Bahru Ke 57 2025

Tempat : Stadium Olahraga, Kompleks Sukan Johor
Tarikah : 23 – 26 Jun 2025
Pasukan olahraga STF beraksi cemerlang dalam kejohanan tahunan peringkat daerah. Dengan disiplin dan semangat juang yang tinggi, atlet kita telah berjaya membawa pulang pingat dan membanggakan sekolah tercinta.
Pingat Perak - Lompat Jauh (P15) :
• Nur Nisa Nazurah binti Sedek
Pingat Perak - 4x100m (P15) :
• Nur Nisa Nazurah binti Sedek
• Sharifah Marsya Al-Junid
• Nur Aisyah Suhaimi
• Nurin Insyirah
Pingat Perak - Rejam Lembing (P18) :
• Siti Nur Balqis binti Muhammad Nazir












