Home
BORNEO INTERNATIONAL INNOVATION CREATIVITY COMPETITION 2025 (BIICC 2025)

Tahniah dan syabas kepada semua peserta STF yang telah mengharumkan nama sekolah di Borneo International Innovation Creativity Competition 2025 (BIICC 2025) pada 26-30 Jun 2024 bertempat di Grand Continental Hotel, Kuching, Sarawak. Pertandingan berprestij ini dianjurkan oleh Malaysia Young Scientist Organisation (MYSO) menghimpunkan para inovator muda dari seluruh dunia dalam usaha mengangkat potensi kreativiti dan inovasi generasi masa depan.
Anugerah Emas bagi kesemua projek yang dipertandingkan:
FAN-TASTIC – GOLD AWARD
ECO-TILES – GOLD AWARD
MYCELYTE – GOLD AWARD
TF-TAJWEED (Kategori Guru) - GOLD AWARD
Pasukan STF dibimbing oleh jurulatih dan guru pengiring :
Puan Rohaiza binti Tapsir
Puan Maizatul Nailah binti Yusof
Cik Wan Nur Afiqah binti Zulkefli
Majlis Penyampaian Hadiah Program Pendidikan Kelestarian LA21 MBJB 2024
TAHNIAH STF!
Sekalung penghargaan kepada warga Sekolah Tun Fatimah atas pencapaian cemerlang dalam Program Pendidikan Kelestarian LA21 MBJB Tahun 2024!
Saguhati Guru Penyelaras Terbaik (LA21)
Johan Audit Jejak Karbon – Minyak Masak
Naib Johan Audit Jejak Karbon – Elektrik
Saguhati Sekolah Showcase
Saguhati Audit Jejak Karbon – Kitar Semula
Saguhati Audit Jejak Karbon – Air
Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri (PPM) ke - 50

Tempat : Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI)
Tarikh : 23 – 26 Jun 2025
Kategori : Bahasa Inggeris
Tahniah kepada pasukan Bahas Bahasa Inggeris STF yang telah mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian Anugerah Emas dalam kejohanan PPM ke-50. Pasukan telah mencatat 4 kemenangan berturut-turut dalam pusingan saringan dan berjaya mara ke Octo Round, berentap hebat menentang SASER dalam perlawanan yang cukup sengit.
Bahas Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PPM) ke - 50

Tempat : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing
Tarikh : 23 – 26 Jun 2025
Tahniah dan syabas kepada pasukan bahas Bahasa Melayu STF atas pencapaian Anugerah Perak dan kedudukan ke-18 daripada 38 sekolah SBP seluruh negara. Lebih membanggakan, Marsya Najihah bt Rosmaini @ Rosman (5S) turut dinobatkan antara 10 Pembahas Terbaik dengan kedudukan ke-5 secara keseluruhan.
Syabas kepada :
• Marsya Najihah bt Rosmaini @ Rosman
• Umi Dhia Batrisya bt Mohamad
• Fatihah Maisarah bt Mohd Adnan
• Puteri Nur Balqis bt Azuan
























