Home
Kejohanan Bola Jaring B15 MSSD Johor Bahru

Tempat : Velodrome, Iskandar Puteri
Tarikh : 11-12 Jun 2025
Alhamdulillah, pasukan bola jaring STF berjaya mengekalkan kejuaraan dengan penuh semangat, strategi mantap dan kerjasama utuh. Tahniah kepada semua pemain atas persembahan cemerlang sepanjang kejohanan!
Pencapaian:
Johan B15 MSSD JB
Anugerah Pemain Terbaik:
NURUL AHYA’ BT NORAZAM
Anugerah Penjaring Terbanyak:
NUR FAIZURA MAIMUNAH BT MOHD FAIZAL
Anugerah Khas Sportmanship:
NURIN INSYIRAH BT HAMDAN
Ucapan penghargaan buat:
Pn Noor Fadzilah Bt Abdul Majid (Pengurus Pasukan)
Pn Lili Murnni Bt Mohammed (Jurulatih)
Perkampungan Ilmu SPM Siri 1 2025

29 Mei – 2 Jun 2025
Valerie 2025 serta pelajar dari SMK Tasek Utara & SMK Seri Kota Puteri 2
Syabas dan tahniah kepada batch Valerie 2025 yang telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan sepanjang 5 hari program ini berlangsung. Pengisian melibatkan 9 subjek SPM, bersama guru-guru STF, Guru Cemerlang serta penceramah yang berpengalaman. Turut hadir memeriahkan sesi ialah pelajar dari SMK Tasek Utara & SMK Seri Kota Puteri 2.
Teruskan usaha, mantapkan persediaan dan yakinlah bahawa setiap langkah hari ini membawa anda lebih dekat kepada kejayaan SPM! “Usaha hari ini adalah kunci kejayaan hari esok.”











