Home
Taklimat Keselamatan Sekolah Tun Fatimah 2025

Tarikh: 15 Jun 2025
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Surau STF
Taklimat penuh informasi bersama En. Mat Kamil Deraman telah berjaya dilaksanakan untuk semua murid. Pelbagai aspek keselamatan telah disentuh demi memastikan kesejahteraan warga Desa Tun sentiasa terpelihara.
Pertandingan Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) 2025

TEMPAT: Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (KUSESS)
TARIKH: 16 - 20 Jun 2025
TEMA: Ecotourism, Navigating Challenges and Shaping a Sustainable Future
SUB-TEMA: Green Tourism: A Catalyst for Diversification of Local Economies
TAJUK KAJIAN: The Last Catch: Johor’s Dying Mussel Dream
Guru Pembimbing: Reeza Haida binti Miskam
Program Jelajah Kehakiman Peringkat Negeri Johor 2025

Tempat : Plaza Angsana, Johor Bahru
Tarikh : 22 Jun 2025
Seramai 20 orang murid dari Sekolah Tun Fatimah telah diberi peluang untuk menyertai. Program anjuran bersama Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia menjadi platform berprestij yang mempertemukan generasi muda dengan sistem perundangan negara secara langsung dan interaktif. Para peserta didedahkan kepada pelbagai aspek berkaitan sistem kehakiman negara melalui pameran, simulasi prosiding mahkamah, sesi dialog bersama pegawai kehakiman dan ceramah kesedaran undang-undang. Murid-murid turut diberi peluang menyuarakan pandangan, bertanya soalan serta berinteraksi secara profesional dengan tokoh dalam bidang perundangan.
Kejohanan Bola Jaring B18 MSSD Johor Bahru 2025

Tempat : Velodrome Iskandar Puteri
Tarikh : 19 & 20 Jun 2025
Alhamdulillah, STF telah melakar sejarah apabila berjaya meraih NAIB JOHAN dalam Kejohanan Bola Jaring B18 MSSD Johor Bahru. Pertandingan yang penuh dengan semangat juang dan kerja berpasukan ini menyaksikan aksi hebat dari para pemain, dengan pencapaian membanggakan:
PENYERANG TERBAIK:
SITI NUR BALQIS BT MUHAMMAD NAZIR
PENGHADANG TERBAIK:
IRDINA ALEESYA BT MOHD SHAMSU
ANUGERAH KHAS SPORTMANSHIP:
NUR AISY ARISSA BT KHALID
Pengurus pasukan:
CIK ARISHA ARIHANA BT AZHARI
Jurulatih:
PN LILI MURNNI BT MOHAMMED









