Home
STF sertai SCUFF 2024
16 Okt. 2024 - Seramai 6 orang murid STF telah menyertai pertandingan SESMA CULTURAL FUSSION 2024 yang berlangsung 13 - 16 Oktober 2024 di SM Sains Sultan Mahmud Shah, Terengganu. Objektif pertandingan ini untuk menggabungkan inovasi dengan tradisi, membolehkan pelajar memelihara warisan budaya sambil mengintegrasikan teknologi untuk menghasilkan reka bentuk yang berkesan. Berikut adalah pencapaian murid STF :
ZARA BINTI FAIZ
- bronze award (infographic)
-2nd best team innovation
NURFARAH AQILAH BINTI ZULKURNAIN
-gold award (infographic)
DHIYA RAIHANAH BINTI AHMAD YAZED
-bronze award (innovation)
NURHAZIRAH AMANI BINTI HAIRUL AZUAR
-platinum award (innovation)
NUR SYAUQINA DAMIA BINTI MOHD HELMI
-silver award (augmented reality)
NUR ELEEN AMANDA BINTI MUHAMMAD FARID
-silver award (augmented reality)
Guru pembimbing yang terlibat adalah Puan Reeza Haida binti Miskam dan Noor Shamira Emalin binti Che Kamal. Tahniah atas kejayaan yang dicapai.
Majlis Penutup Program Maulidur Rasul
6 Okt. - Maulidur Rasul disambut setiap tahun di STF bagi mendedahkan para murid dengan mahabbah dan cinta Rasul SAW. Bagi menjayakan program Maulidur Rasul, Panitia Pendidikan Islam telah menyusun beberapa aktiviti dan pertandingan yang bertemakan cinta Rasul. Antaranya pertandingan Sepanduk Madani, Nasyid, Drama, Busana Muslimah, Kalam Jamaie serta Poster Digital. Majlis penutup Maulidur Rasul yang dimulakan dengan perarakan sambil berselawat dan penyampaian hadiah bagi semua pertandingan yang telah dijalankan.
Pertandingan sepanduk dimenangi oleh Rumah Aisyah, pertandingan nasyid dimenangi oleh kumpulan Ar Raudah dari tingkatan 2, pertandingan busana dimenangi oleh wakil dari tingkatan 3 Humyra dan Alya, pertandingan kalam jamaie dimenanangi oleh kumpulan At Tahirah Rumah Zainon, pertandingan poster kreatif dimenangi oleh Atheera Qaleesya dari 2T manakala yang terakhir pertandingan drama dimenangi oleh kumpulan Al Mustaqim dari tingkatan 3. Hadiah disampaikan oleh bonda Hajah Radziah binti Mohd Din, Pengetua Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Besarlah harapan semoga dengan aktiviti dan program yang dijalankan dapat menanam cinta dan rindu terhadap baginda Rasul SAWserta mengaplikasikan akhlak murni Rasulullah ke dalam diri anak-anak murid Desa Tun.
Kursus Penampilan Diri Dan Ketrampilan Kepimpinan
4 Okt. 2024 = Seramai 100 orang peserta terdiri daripada pengawas sekolah dan pengawas percubaan telah menyertai program yang dianjurkan oleh Badan Pengawas Sekolah Tun Fatimah iaitu Kursus Penampilan Diri Dan Ketrampilan Kepimpinan dalam Leadership Camp 2024. Penceramah bagi sesi ini ialah Dr. Farrah Shafeera Binti Ibrahim dan Tuan Rizal Bin Rashid. Objektif program ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang kod etika berpakaian yang sesuai untuk pengawas sekolah agar mereka sentiasa tampil kemas dan profesional dalam setiap situasi.
Semoga Terus Cemerlang : Meravigliosa











