Home
Tahniah Faseeh Fardha

Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Johor sempena Karnival Bahasa Melayu Peringkat Negeri Johor.
Tarikh : 20/9/2023
Masa : 10.00pg
Tempat : Plaza Angsana Johor Bahru Mall.
Johan : STF
Naib Johan: SMK BANDAR TENGGARA 2
Ke-3: SMK SUNGAI TIRAM
Tahniah Faseeh Fardha binti Firdaus (2J) atas pencapaian yang cemerlang.
Lawatan Penanda Aras dari SMS Pasir Puteh

15 Sept. 2023 - Seramai 13 orang guru dan 20 orang murid dari SM Sains Pasir Puteh, Kelantan diketuai oleh Dr. Hajah Zalina binti Zakaria selaku Pengetua Cemerlang telah melakukan Lawatan Penanda Aras ke STF. Perkongsian pintar telah berlangsung di Bilik Mesyuarat dengan pembentangan dilakukan oleh Hajah Radziah binti Mohd Din, Pengetua STF dan En. Mohd Khir bin Masbol, Penolong Kanan (Kokurikulum) STF. Rombongan juga dibawa melihat aktiviti Gallery Walk bagi subjek Fizik, Kimia dan Biologi di kelas dan Bilik Muzik bagi melihat latihan ahli pasukan Pancaragam STF.
TIGRINE kekal Juara
🏆🥇TIGRINE: PLAY TO WIN 🏆🥇
KEJOHANAN BOLA JARING SBP KEBANGSAAN TAHUN 2023
Tarikh: 12, 13 & 14/09/2023
Tempat: CENTRE COURT PAROI
KEPUTUSAN PERLAWANAN
LIGA KUMPULAN A
STF vs SGS (24-4)
STF vs SMS DUNGUN (21-7)
SUKU AKHIR
STF vs SAHUT (28-3)
SEPARUH AKHIR
STF vs SERATAS (10-7)
FINAL
STF vs SSP (29-15)
TIGRINE berjaya mengekalkan KEJUARAAN kali ke 7 pada tahun 2023. Terima kasih kepada Bonda, barisan pentadbir, guru-guru penasihat bola jaring terutamanya kepada PUAN ROZIANA ZAKARIA selaku pengurus pasukan dan PUAN LILI MURNNI MUHAMED selaku jurulatih pasukan TIGRINE. Tidak lupa juga kepada semua guru yang memberi pelepasan kepada TIGRINE untuk bertanding di kejohanan kali ini. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada ibubapa & SK TIGRINE yang sentiasa memberi sokongan. Jasa baik semua akan kami kenang.
ANUGERAH KHAS:
PENJARING TERBANYAK
NURFARAH FAQIHAH ZULKURNAIN (GS)
PENGHADANG TERBAIK
NUR NADHIRAH SUHANA ABDUL RAHIM (GK)
PENYERANG TERBAIK
AINAA SYARAFINA AYOB KHAN (GA)
PEMAIN TERBAIK
AISYAH MOHAMMAD (GD)
Kredit dari Youtube Ms Azza03 (Mama Azza)
Doa TIGRINE kekalkan kejuaraan kali ke 7
Terima kasih kepada Hajah Radziah dan Cikgu Khir atas kata-kata semangat dan restu kepada pasukan bola jaring STF, TIGRINE untuk berjuang dalam Kejohanan Bola Jaring SBP KEBANGSAAN 2023 yang akan berlangsung pada 12 - 14 Sept di SGS
Doakan kejayaan TIGRINE untuk mengekalkan kejuaraan yang KE-7…Aamiin













