Home
Intan Ayu Irina raih kejayaan ANK 2023
Anugerah Nilam Kebangsaan telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak dari 31 Julai hingga 3 Ogos 2023.
Dua murid Sekolah Tun Fatimah iaitu Alia Natasha binti Mohd Ali (5 Bersih) & Intan Ayu Irina binti Hasrolnizam (5 Jujur) telah mewakili negeri Johor bagi kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Intan Ayu Irina telah mengungguli kategori kumpulan dengan dinobatkan sebagai Johan Kumpulan Sekolah Menengah Bahasa Inggeris. Ahli kumpulan beliau terdiri daripada wakil negeri Pahang, Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Adik Shah Faheem Zikry bin Shah Abu Zar, SK Medini, Johor Bahru, turut mengharumkan nama Johor di persada kebangsaan apabila turut dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan bagi kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Adik Luthfil Hadi bin Mohd Fairuz, SK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi, turut serta mewakili Johor di peringkat kebangsaan bagi kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong secara langsung dan tidak langsung dalam penglibatan mereka di Anugerah Nilam Kebangsaan 2023.
Dynamites ke final

Perlawanan akhir
Kejohanan Bola Keranjang SBP Peringkat Kebangsaan 2023
6.8.2023
9:00 pagi perempuan (STF vs SSP)
11.00 pagi lelaki (SAS vs SDAR)
di Stadium MABA
Jom sokong Dynamites!!!
Pintu masuk dibuka pada pukul 7.30pagi, datang awal. Masuk adalah PERCUMA
STF Johan Kawad Kaki KRS (P) Daerah Johor Bahru
PERTANDINGAN KAWAD KAKI KRS(P) PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU 2023
Tarikh : 1 Ogos 2023
Tempat : SMK Taman Nusajaya
Alhamdullilah dan syabas kepada Pasukan Kadet Remaja Sekolah STF diatas pencapaian cemerlang menjadi JOHAN Kawad Kaki KRS (P) daerah Johor Bahru dalam pertandingan tersebut.
Tahniah kepada platun KRS, guru-guru penasihat dan ibubapa atas sokongan dan dorongan yang diberikan.
Pasukan akan mewakili Johor Bahru bagi pertandingan peringkat negeri Johor.
Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform (Badan Kerajaan / GO) Peringkat Daerah Johor Bahru 2023.
Tarikh : 1 Ogos 2023
Tempat : SMK Medini
Alhamdullilah dah tahniah kepada platun Kadet Polis dan Kadet Bomba dalam cabaran kawad kaki Go daerah JB
Tempat ketiga : Kadet Polis STF
Tempat kelima : Kadet Bomba STF


















