Home
Pemantauan Pengoperasian Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2025
Sekolah Tun Fatimah telah menerima kunjungan rasmi daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad, bersempena persediaan menghadapi peperiksaan UMBM dan UMBI SPM 2025. Lawatan ini amat bermakna dan diharapkan dapat memberi motivasi kepada seluruh warga STF dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik, khususnya bagi calon SPM 2025.
Pertandingan Perak Yosakoi Festival & Wadaiko Peringkat Kebangsaan 2025

Tempat : The Malay College Kuala Kangsar, Perak
Tarikh : 23–26 Oktober 2025
Alhamdulillah, pasukan Yosakoi STF telah mengharumkan nama sekolah dengan meraih:
- Anugerah Emas (Gold Award)
- Anugerah Juara Keseluruhan
Kejayaan ini amat bermakna kerana pasukan yosakoi STF baharu sahaja ditubuhkan, namun berjaya menonjol dengan kreativiti, kekemasan gerak tari yang penuh semangat. Persembahan yang menggabungkan elemen budaya Jepun dan identiti Malaysia menjadikan pasukan STF tampil unik dan memukau.
Tahniah kepada 57 orang peserta dari Tingkatan 1–4 serta barisan guru pembimbing dan jurulatih, En. Muhammad Harmizan bin Mohamad Aris, yang telah membimbing dengan penuh dedikasi.











