Home
Jom Baca Bersama 10 Minit 2026

Seluruh warga sekolah telah meluangkan 10 minit penuh bermakna dengan membaca secara serentak dalam program Jom Baca Bersama 10 Minit. Program ini bukan sahaja menyemai budaya membaca sebagai amalan harian, malah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang turut serta menjayakan program ini. Semoga amalan membaca terus subur dalam diri kita semua.
Pertandingan Terengganu International Science Fair (TISF) 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta murid dan guru atas penyertaan yang cemerlang dalam pertandingan ini. Peserta menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi dalam usaha meningkatkan kualiti diri serta menghasilkan inovasi yang berimpak. Alhamdulillah, kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru pembimbing serta ibu bapa yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan ini.
Pencapaian murid :
ECORANGE – GOLD
LEAFLOCK – GOLD
ABSORBIFY – GOLD
DRAITER – SILVER
HEATIQUE – GOLD
SCENTINELS – GOLD
FIELDWORK (Guru) – GOLD
Kejohanan Bola Keranjang Bawah 18 Tahun MSSD Johor Bahru 2026

TEMPAT :SM FOON YEW
TARIKH :13-16 APRIL 2026
Pemain tidak berputus asa dan menunjukkan semangat juang yang tinggi sehingga ke minit terakhir. Alhamdulillah pasukan Bola Keranjang STF (Dynamites) meraih Naib Johon. Terima kasih kepada Bonda pengetua, barisan pentadbir, guru-guru dan ibubapa yang mendoakan penjuangan dan kejayaan kami
Simulasi Lawatan Awam Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar 2026

Pada 18 April 2026, seramai 33 orang murid Sekolah Tun Fatimah daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 telah menyertai simulasi lawatan ini dengan diiringi oleh 2 orang guru serta 2 orang Sarana Tingkatan 2. Program ini membuka peluang kepada para murid untuk mengenali lebih dekat tentang keunikan seni dan kekayaan budaya negeri Johor, di samping menimba pengalaman bermakna melalui lawatan berinformasi.
Lawatan dimulakan di Rumah Limas sebelum meneruskan penerokaan ke beberapa checkpoint menarik:
-Serambi Tradisi Johor:
Penerangan tentang falsafah pembuatan dan pemakaian busana Melayu Johor serta pengenalan pelbagai jenis sanggul, diikuti aktiviti-aktiviti hands-on.
-Rumah Zapin Johor:
Penghayatan seni melalui penerangan sejarah Zapin serta persembahan tarian yang memukau.
-Anjung Seni Warisan (Heritage Playground):
Murid turut merasai pengalaman bermain alat permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, gasing dan sepak yem.
-Galeri Tenun Johor:
Pendedahan berkaitan sejarah dan keunikan seni tenunan warisan Johor.
Lawatan diakhiri dengan Persembahan Kebudayaan yang menampilkan aneka tarian Johor termasuk Zapin sebagai kemuncak acara. Semoga pengalaman ini terus menyemai rasa cinta terhadap warisan bangsa dalam diri setiap murid






