Home
Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan KRS Peringkat Daerah Johor Bahru 2025

Tempat : SMK Taman Desa Skudai
Tarikh : 22 – 23 November 2025
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah berjaya menduduki Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan KRS Peringkat Daerah Johor Bahru 2025 dan seterusnya lulus serta ditauliahkan sebagai Sarjan KRS.
Nama Peserta:
1. Alya Afiqah Binti Zainolazizi
2. Nor Anis Aisyaa Binti Mohamad
3. Nur Amnani Kaiyisah Safiyyah Binti Yusrizal
4. Dzafirah Aqilah Binti Ahmad Ambiah
Keputusan/Pencapaian:
Lulus & Ditauliahkan sebagai Sarjan KRS
Guru Pembimbing:
• Siti Norfalisha Binti Rusli
STEM RACING BOOTCAMP (Fasa 3)

Tempat : INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan
Tarikh : 21 – 23 November 2025
Sekalung tahniah kepada para pelajar terpilih yang telah menyertai program STEM Racing Bootcamp (Fasa 3). Program ini memberi pendedahan mendalam kepada peserta dalam bidang inovasi sains, teknologi, reka bentuk kejuruteraan dan digital, di samping memahami peraturan pertandingan peringkat kebangsaan serta menjalankan perkongsian projek kumpulan.
Pemantauan Pengoperasian Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2025
Sekolah Tun Fatimah telah menerima kunjungan rasmi daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad, bersempena persediaan menghadapi peperiksaan UMBM dan UMBI SPM 2025. Lawatan ini amat bermakna dan diharapkan dapat memberi motivasi kepada seluruh warga STF dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik, khususnya bagi calon SPM 2025.
















