Home
Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Negeri Johor 2025
Syabas dan tahniah diucapkan kepada 12 orang puteri Valerie yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025! Kejayaan ini sekali gus melayakkan mereka diraikan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan Awam Tahun 2025 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Desa Tun untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Terima kasih juga kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak di Desa Tun.
STFJB di Program Tekad RPM 2026-2035 Bersama Menteri Pendidikan
Pada 11 Mei 2026, pemimpin murid STFJB telah berpeluang menghadiri Program Tekad RPM 2026–2035 bersama Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. STFJB turut diberi penghormatan untuk menyertai sesi dialog serta menjadi pempamer mewakili BPSBP bagi ADS, RnD dan F1. Program ini menjadi platform bermakna untuk berkongsi idea, inovasi dan aspirasi pendidikan demi masa depan yang lebih cemerlang. Turut hadir memeriahkan program ialah Timbalan Pengarah SBP, Puan Roslina binti Abd. Aziz, Pengarah JPN Johor, En. Zulkurnain bin Abdul Rahman, serta Bonda Hajah Radziah binti Mohd Din dan Pn. Lili Murnni binti Muhamed. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi kepada warga STFJB untuk terus melangkah maju sebagai pemimpin masa hadapan yang berdaya saing dan berwawasan.
Bengkel Pengaraca Majlis & TV PSS 2026
Pada 29 April 2026 (Rabu), telah berlangsung Bengkel Pengacara Majlis & TV PSS dari jam 1.40 petang hingga 5.40 petang dengan jayanya. Program ini melibatkan seramai 20 ahli Pengawas Pusat Sumber (PPS), 10 orang Pengawas serta 6 calon pengacara majlis bagi Pertandingan Gamelan Melayu SBP 2026 Peringkat Kebangsaan. Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan: Jenis-jenis majlis Penampilan dan etika semasa mengacara Struktur pengacaraan majlis yang betul Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada guru penyelaras, Pn. Siti Norfalisha binti Rusli dan En. Abdul Rashid bin Yacob, serta penceramah jemputan, Encik Muhammad Anuar Solehin bin Yahya atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna. Semoga bengkel ini dapat melahirkan pengacara muda yang lebih yakin, berkarisma dan profesional.















