Home
Piala Perdana Menteri Zon Selatan 2026 (Bahasa Inggeris)
Tempat : SMS Segamat
Tarikh : 28–30 April 2026
Bahas Bahasa Inggeris :
1. Dhiya Raihanah Ahmad
2. Nur Qaleesya Umairah Nor
3. Anya Nayyara Mohd
4. Sufi Liyana
Guru Pengiring :
Pn. Nur Safiqa Sapar
Senarai Anugerah : Pembahas Terbaik ke-2 Kategori Bahasa Inggeris Dhiya Raihanah Ahmad. Murid menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan. Hujah disampaikan dengan jelas, relevan dan tersusun. Walau bagaimanapun, aspek penyampaian boleh dipertingkatkan lagi. Diharapkan murid terus cemerlang serta memperkukuh teknik penghujahan menjelang peringkat kebangsaan.
Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri Zon Selatan
Tempat : SMS Segamat
Tarikh : 28–30 April 2026
Bahas Bahasa Melayu :
1. Faseeh Fardha binti Firdaus
2. Nur Aisyah binti
3. Nur Fatihah Maisarah binti Mohd
4. Puteri Nur Sabrina binti Mohd
Guru pengiring :
Pn. Noor Fadzilah bt Abd Majid
Pencapaian :
Layak ke peringkat kebangsaan Tempat ke-5 daripada 19 pasukan SENARAI ANUGERAH Pembahas Terbaik ke-5 Kategori Bahasa Melayu Faseeh Fardha binti Firdaus. Murid menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan. Hujah disampaikan dengan jelas, relevan dan tersusun, disertai keyakinan diri yang tinggi. Diharapkan murid terus mengekalkan kecemerlangan di peringkat kebangsaan kelak. Alhamdulillah Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bonda Pengetua serta semua pihak yang sentiasa mendoakan dan menyokong kejayaan anak-anak ini.
Pusingan Kelayakan Kejohanan Bola Keranjang SBP Zon Selatan 2026
Tempat : SM Sains Batu Pahat
Tarikh : 26–30 April 2026
Pengurus Pasukan : Pn. Siti Zafirah Suliman & Pn. Ng Shi Hui
Pencapaian : Tempat Ketiga & layak ke peringkat kebangsaan Pasukan menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak berputus asa sehingga ke minit terakhir perlawanan. Alhamdulillah Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru serta ibu bapa atas doa dan sokongan yang tidak putus-putus
Majlis Penghargaan Murid SPM Tahun 2025
Tahniah diucapkan kepada Nurmiza Rafiqah Binti Masuri Riduan, Nur Fatihah Binti Mohd Rashidi, Ainaa Syarafina Binti Ayob Khan dan Aina Zafrina Binti Mohd Fauzee atas pencapaian cemerlang dalam SPM 2025 sehingga terpilih menerima jemputan ke Majlis Penghargaan Pelajar-pelajar Cemerlang SPM 2025 di Istana Negara pada 29 April 2026. Anugerah telah disampaikan sendiri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Semoga terus menempa kejayaan di masa hadapan.
















