Home
Gamelan Pupuk Nilai Dalam Sistem Pendidikan 2026
Bingkisan penuh bermakna buat seluruh warga sekolah apabila kejayaan dan usaha kita mendapat tempat di dada akhbar. Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan serta mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan. Terima kasih atas segala komitmen, usaha, sokongan dan doa daripada semua pihak yang sentiasa bersama dalam setiap langkah kejayaan ini.
Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Johor Bahru
Tempat : SMK Taman Bukit Indah
Tarikh : 9 & 11 Mei 2026
Pencapaian: Tempat Ketiga Alhamdulillah, pasukan Bahas Bahasa Inggeris Sekolah Tun Fatimah berjaya menampilkan persembahan yang cemerlang sejak peringkat awal pertandingan dan mara hingga ke separuh akhir. Walaupun langkah pasukan terhenti di peringkat separuh akhir, seluruh pasukan telah memberikan saingan yang hebat serta menunjukkan semangat juang, keyakinan dan kerjasama yang membanggakan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru pengiring atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah diberikan sepanjang pertandingan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang. Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, staf-staf serta ibu bapa yang sentiasa mendoakan perjuangan dan kejayaan kami
Pertandingan Muzik Gamelan Melayu SBP Peringkat Kebangsaan 2026
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Gamelan STF atas penyertaan cemerlang dalam Pertandingan Muzik Gamelan Melayu SBP Peringkat Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung pada 5 – 6 Mei 2026 bertempat di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Pencapaian Membanggakan Lagu Tradisional Terbaik Pemain Gambang Terbaik Tempat Kedua Anugerah Emas Seramai 15 orang peserta telah mewakili sekolah dengan penuh dedikasi, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi.
Kesungguhan ahli gamelan dalam mengangkat seni muzik tradisional Melayu sehingga ke peringkat kebangsaan amat membanggakan. Penyertaan ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid menyerlahkan bakat dan potensi dalam seni kebudayaan, malah berjaya mengharumkan nama sekolah di persada kebangsaan. Alhamdulillah Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bonda Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, staf sekolah serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan, doa dan dorongan sepanjang perjuangan pasukan ini. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.













