Home
Datuk Yahya kekal sebagai YDP PIBG STF
23 Mei 2024 - Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Tun Fatimah berlangsung dengan jayanya di Dewan Bestari. Datuk Yahya bin Jaafar kekal sebagai Yang Dipertua PIBG STF. Syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang baru dilantik. Terima kasih kepada semuya ibu bapa yang sudi melapangkan masa untuk turut hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Semoga kerjasama yang erat antara PIBG, sekolah dan Srikandi STF dapat meneruskan kecemerlangan STF.
Ahli Jawatankuasa PIBG STf Sesi 2024/2025
YDP - DATUK YAHYA BIN JAAFAR
NYDP - TN HJ FAUZEE BIN HJ TAHIR
SETIAUSAHA - PN REEZA HAIDA BINTI MISKAM
BENDAHARI - PUAN ZAFIRAH BINTI SULIMAN
AJK IBUBAPA
- PUAN AIMY SYAHIRAH BINTI SOFIAN
- PUAN HUSNAINI BINTI AZMY
- ENCIK MOHD SHAHRIL BIN AYOB
- IR HJ SYARUL IZAM BIN HJ SARIFUDIN
- TN HJ MOHD GADAFFIE BIN ABD AZIZ
Karnival Keusahawanan Tingkatan 5 (SUMMERAFEST) 2024

🔆KARNIVAL KEUSAHAWANAN T5 2024🔆
🍭IBUBAPA DIJEMPUT HADIR
🎯9.00 pagi - 4.00 ptg
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Batch Meravigliosa akan mengendalikan Karnival Keusahawanan Tingkatan 5 (SUMMERAFEST) 2024 pada ketetapan berikut:
📆 22 Mei 2024 (Rabu)
🕰 9:00 Pagi - 4:00 Petang
🎡 Gelanggan tenis dan Pakir Kenderaan bersebelahan Dewan Bestari serta kawasan sekitar
Program ini dijalankan bertujuan:
🖇 Memberi pendedahan kepada murid-murid tingkatan 5 tentang keusahawanan
🖇 Melatih diri murid dari segi kepimpinan
🖇 Mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli tingkatan
🖇 Menyemai rasa sayang kepada sekolah dalam diri murid-murid
Sebarang pembelian hanya sah dengan sistem kupon. Pengunjung boleh membuat pembelian kupon di kaunter kupon pada hari tersebut.
Marilah sama-sama memeriahkan suasana dengan menghadiri karnival ini untuk memberi sokongan kepada anak-anak Batch Meravigliosa.
Jemput datang semua! It's not summer without you!
















