Home
YB Dato ' Saiful Yazan terima Anugerah Jasa Gemilang


29 Jun 2024 - YB Dato' Saiful Yazan menerima Anugerah Jasa Gemilang sempena Majlis Graduasi dan Anugerah Tun Fatimah 2024 yang berlangsung di Dewan Bestari pagi ini. YB Dato' diwakili oleh isterinya, Datin Hajjah Shaliza binti Idris. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Rosliza binti Rosli, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Kurikulum , Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM selaku wakil rasmi Pengarah. Seramai 185 orang menerima anugerah yang terdiri daripada murid dan guru melibatkan kategori Murid Cemerlang Ujian Akhir Sesi Akademik 203 dan pencapaian SPM 2023. Seramai 3 orang murid menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Kurikulum yang dinobatkan kepada Nurul Hidayah binti Norazam, Alia Natasha binti Mohd Ali menerima Anugerah Puteri Sakinah manakala Nur Azni Afiqah binti Mohd Zaini menerima Anugerah Srikandi. Anugerah juga diberikan kepada Panitia yang menunjukkan Peningkatan Terbaik Mata Pelajaran SPM 2023 iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam, Fizik dan Bahasa Inggeris. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM diberikan kepada Panitia Pendidikan Islam, Matematik, Bahasa Inggeris dan Biologi manakala Anugerah Khas Mata Pelajaran disandang Panitia Biologi yang mendapat kedudukan tempat pertama SBP dan Pendidikan Islam mendapat tempat ketiga SBP. Teknologi AI diaplikasi dalam majlils ini yang memaparkan ucapan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM. Syabas dan tahniah kepada semua warga STF.
Buku program
Buku Program Majlis Graduasi & MATF 2024
STF@STF 2024
TIGRINE kekalkan kejuaraan MSSD P15
🏆🥇TIGRINE: PLAY TO WIN 🏆🥇
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD BAWAH 15 TAHUN TAHUN 2024
Tarikh: 25-27/06/2024
Tempat: VELODROM, EDUCITY
LIGA KUMPULAN A
STF vs SMK UDA UTAMA (18-2)
STF vs SMK TUTA (17-0)
STF vs SSI ( 9-6)
PUSINGAN KEDUA
STF vs SETA (17-3)
SUKU AKHIR
STF vs TSNI ( 11-3)
SEPARUH AKHIR
STF vs SIGS (16-9)
AKHIR
STF vs SMK GELANG PATAH (25-8)
ANUGERAH KHAS:
PENYERANG TERBAIK
NURUL AHYA’ NORAZAM( GD)
PEMAIN TERBAIK
SITI NUR BALQIS BINTI MUHAMMAD NAZIR (C)
اَلْحَمْدُلِلّه
TIGRINE berjaya mengekalkan KEJUARAAN bagi tahun 2024. Terima kasih kepada Bonda, barisan pentadbir, guru-guru penasihat bola jaring terutamanya kepada PUAN NOOR FADZILAH ABDUL MAJID selaku pengurus pasukan dan PUAN LILI MURNNI MUHAMED selaku jurulatih pasukan TIGRINE serta semua guru penasihat bola jaring. Tidak lupa juga kepada semua guru yang memberi pelepasan kepada TIGRINE untuk bertanding di kejohanan kali ini. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada ibubapa, SK TIGRINE & PIBG yang sentiasa memberi sokongan. Jasa baik semua akan kami kenang.
Mawaddah layak Catur MSSJ
Keputusan Catur MSSD
Tarikh : 26-27 Jun 2024
Tempat : SMK Mohd Khalid
📌INDIVIDU
P15
-Mawaddah binti Khairul Hisyam 3J (Tempat ke-5 ) &
Layak ke Catur MSSJ 🤲🏻👏🏻
P18
-Hanni Umairah binti Nor Rusydi 4F (Tempat ke-11)
-Nur Alya Nabila Binti Mohd Nawawi 5T (Tempat ke-16)
📌KUMPULAN
P18
-Sekolah Tun Fatimah Team 2 (Tempat ke-5)
Alhamdulillah🤲🏻 Terima kasih kepada Bonda pengetua, barisan pentadbir dan semua guru yang mendoakan pencapaian dan kejayaan kami,










