Home
STF Teen Entrepreneur
26 Jun 2024 - Taklimat mengenai program TEENAGE ENTREPRENEUR SCHOLARSHIP 2024 telah disampaikan oleh Ascendance Sdn Bhd pada hari Rabu, 26 Jun 2024 dari jam 1.50 hingga 4.30 petang. Seramai 50 orang murid Tingkatan 2 dan 3 telah terlibat dan akan diberikan bimbingan melalui kelab-kelab di bawah Ascendance mengenai hal berkaitan keusahawanan dalam tempoh 6 bulan. Semoga murid-murid yang terpilih dapat mengurus masa dan memberikan komitmen yang tinggi dalam memyelesaikan tugasan yang diberikan dan memdapat manfaat daripada aktiviti- aktiviti yang diadakan.
STF raih Anugerah Platinum di FRSIS 24
Pertandingan FULLY RESIDENTIAL SCHOOLS SYMPOSIUM (FRSIS) 2024
Tarikh : 10-14 Jun 2024
Tempat: SMS Syed Putra, Perlis
Tema: Climate Emergency - A Race We Can Win
Sub tema - Green Schools - Fostering Environmental Awareness and Sustainable Practices for a Greener Future ( SDG 4 Quality Education)
Tajuk Kajian dan pembentangan :
Revolutionising Green Education : Introducing Asas Kelestarian Subject - Is It Enough?
Peserta:
FARAH NATASYA SABARI BINTI ABDUL RAHMAN 4T
NUR ADDINA FARHAH BINTI ZULKURNAIN 4T
IKHZZAH RAHIM BINTI IBRAHIM KUTTY 4S
IMAN SOFYA MUHAMMAD LUTFI
4 S
Guru pembimbing:
PN REEZA HAIDA MISKAM
Pencapaian:
PLATINUM
Tahniah dan syabas atas penyertaan dan pencapaian.
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗦 𝗚𝗢 𝗚𝗟𝗢𝗕𝗔𝗟
Sekolah Tun Fatimah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor atas penyampaian insentif Johor Stars Go Global kepada Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru.
Insentif ini diberikan atas kejayaan cemerlang pasukan tarian Sekolah Tun Fatimah bagi pertandingan International Art Festival & Competition – Cup of Caucacus yang telah berlangsung di Tbilisi, Georgia.
Majlis penyampaian ini telah dilaksanakan pada 12 Jun 2024 dan turut dihadiri oleh YB Tuan Aznan Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.
Sebagai makluman, insentif Johor Stars Go Global merupakan satu prakarsa Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor bagi menghargai dan mengiktiraf usaha, iltizam serta kesungguhan murid bangsa Johor yang telah menunjukkan daya saing yang tinggi serta mengharumkan nama negeri Johor di persada antarabangsa.









