Home
STF Harumkan Nama Negara Di Persada Antarabangsa
Srikandi Tari, Kumpulan Tarian Sekolah Tun Fatimah (STF), dari Johor Bahru bersama-sama Kumpulan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila mengungguli Pertandingan “Vienna Dance Open Competition 2023”. Kontinjen Malaysia dan STF selaku wakil negara bukan sahaja merangkul tempat pertama, malah turut mengungguli kategori Persembahan Terbaik serta Koreografi Terbaik pada pertandingan tersebut. DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan tarian STF (Srikandi Tari) di atas kejayaan yang cemerlang. “Tahniah diucapkan kepada anak-anak muda dari STF yang bukan sahaja mempamerkan bakat cemerlang, malah mengharumkan nama Johor di persada antarabangsa,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO). Sebagai menghargai kejayaan STF mewakili negara ke pertandingan berkenaan dan motivasi pembakar semangat, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor (YRZSNJ) dengan perkenan DYMM Permaisuri Johor menyumbang RM10,000. Sumbangan itu bagi membantu menampung kos diperlukan untuk memasuki pertandingan ini. YRZSNJ juga akan terus menghargai mana-mana sekolah di negeri Johor yang mewakili negara ke peringkat antarabangsa dengan tujuan mengetengahkan bakat tempatan di persada antarabangsa.
Kempen Jom Ke Sekolah & Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan
19 Mac 2023 - Perhimpunan Rasmi Sekolah Biol;. 1 Sesi 2023/2024 diserikan dengan 2 program sekaligus iaitu Kempen Jom Ke Sekolah yang disampaikan oleh Inspektor Norazrina Binti Musaid, Pegawai Perhubungan Sekolah dan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan disempurnakan oleh Bonda Hajah Nor Hayati Binti Yusoff, Pengetua Cemerlang STF.

















