Home
Volunteerism : A Way of Life


26 Jan. 2023 - Ceramah kemanusiaan bertajuk Volunteerism : A Way of Life yang disampaikan oleh Dr. Fauziah binti Mohd Hasan berlangsung di Surau Fatimah Az-Zahra, STF. Penceramah merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE @mycare.hq dan juga merupakan Srikandi Tun Fatimah.
Slot BI Perkampungan Ilmu Siri 4
22 Jan. 2023 - Slot Subjek Bahasa Inggeris dalam Perkampungan Ilmu Siri 4 yang dikendalikan oleh Cik Nur Atiqah binti Ismail, Guru Cemerlang SM Sains Kota Tinggi. Perkampungan Ilmu Siri 4 ini telah bermula pada 20 Januari dan akan berakhir pada 24 Januari 2023. Semoga anak syurga Avyanna 1822 terus istiqamah dalam menuntut ilmu sehingga berjaya dengan cemerlang dalam SPM.
Zainon Rumah Terbaik Keseluruhan
18 Jan. 2023 - Rumah Zainon telah dinobatkan sebagai Rumah Terbaik Keseluruhan pada Majlis Anugerah Kokurikulum & Sistem Rumah 2022 yang telah disempurnakan oleh YB Cik Norlizah binti Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Bestari, STF. Rumah Zainon yang dipimpin oleh Pn. Roziana binti Zakaria sebagai Ketua Guru Rumah, murid dipimpin oleh Nur Alya Syazwani binti Haris sebagai Ketua Rumah dibantu oleh Aisyah Nadia Husna binti Ayub membawa pulang Wang Tunai sebanyak RM1,000.00, Sijil dan Piala Pusingan.
Brosur Majlis Anugerah Kokurikulum & Sistem Rumah 2022 boleh dilihat melalui pautan di bawah
Brosur MAKKSR 2022






