Home
JWP SPM 2022
Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun melalui pautan di bawah atau di ruangan Muat Turun,
Majlis Graduasi Avyanna 1822


12 Jan. 2023 - Majlis Graduasi Avyanna 1822 berlangsung dengan meriah di Dewan Bestari.. Pengisytiharan Majlis Graduasi telah disempurnakan oleh Datuk Yahya bin Jaafar, YDP PIBG Sekolah Tun Fatimah. Seramai 155 orang anak syurga solehah Tingkatan 5 telah diraikan oleh barisan pengurusan, guru-guru serta ibu bapa. Semoga mereka akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sangat baik dan seterusnya mendapat keputusan cemerlang 9A+ dalam peperiksaan SPM akan datang.
LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR SMP EDU GLOBAL, BANDUNG KE SEKOLAH TUN FATIMAH
12 Jan 2023 - Kami mengalu-alukan kedatangan 29 orang pelajar dan 5 guru daripada SMP Edu Global, Bandung ke Sekolah Tun Fatimah. 26 orang pelajar 3 Feminin berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkenaan Aplikasi Keynote, Pages, Numbers dan Reality Composer kepada para pelajar daripada SMP Edu Global, Bandung.
Aktiviti ini dikelolakan oleh barisan Tech Leaders di bawah seliaan Puan Nur Safiqa binti Sapar. Wan Daniya Kauthar telah menghasilkan lukisan gambar Bonda Nor Hayati, Ir Tin Sukartini Sukarna (Pengarah Pemasaran), dan Tuan Dadang Sutisna (Ketua Rombongan SMP Edu Global) menggunakan aplikasi Keynote.
MoU di antara STF dan SMP Edu Global telah dimeterai bagi memastikan kolaborasi berterusan pada masa akan datang. MoU tersebut ditandatangani oleh Bonda Nor Hayati dan disaksikan oleh Ir Tin Sukartini. Para tetamu dibawa melawat ke sekitar sekolah termasuk Taman Jepun, Bilik Robotik dan kiosk bas di Laman Puteri.



