Home
ECC@STF 2022
|
| 30 Dis. 2022 - Bengkel ECC yang dikendalikan oleh Dr. Helmi Norman, Dr. Nor Hafizah Adnan dan Ustaz Syukri Sulaiman bagi guru-guru STF berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat STF. Bengkel bertujuan mendedahkan kemahiran lebih tinggi dalam aplikasi Clips, Keynote, Pages dan Reality Composer bagi memudahkan guru menyediakan bahan-bahan dalam PdPc. Terima kasih kepada semua penceramah dan peserta yang terlibat secara aktif dalam bengkel yang diadakan. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua warga STF. |
Gambar sepanjang bengkel
Sumbangan TV dari Srikandi 9802
13 Dis 2022 - Penyerahan sumbangan dari Alumni STF, Srikandi 9802 yang diketuai oleh Nurul Aida binti Johadi kepada pihak Sekolah Tun Fatimah. Sumbangan yang diberikan adalah 25 unit Smart TV, 1 set PA System , 100 unit Al-Quran dan 3 unit rak. Pihak STF mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada SK9802 atas sumbangan yang diberikan. Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah SWT, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.
Majlis Berinteraksi STF















