Home
TIGRINE kekalkan kejuaraan 6 tahun berturut-turut
1 Okt. 2022 - Pasukan Bola Jaring STF, TIGRINE berjaya mengekalkan kejuaraan berturut-turut 6 tahun Kejohanan Bola Jaring SBP Kebangsaan 2022 Piala Puan Faridah binti Yang Razali. Pertandingan yang berlangsung di Centre Court Paroi, Seremban menemukan pasukan TIGRINE dengan pasukan dari SBP Integrasi Gombak (INTERGOMB) di perlawanan akhir di mana TIGRINE telah mengalahkan INTERGOMB dengan 39 berbalas 20. Syabas dan Tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini.
Makluman : Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2023
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Murid Tingkatan 1 dan 4/Tahun 1 SVM Tahun 2023 mulai 30 September - 30 November 2022.
Permohonan boleh dibuat melalui URL berikut:
Tingkatan 1:
https://spskt1.moe.gov.my/
Tingkatan 4/ Tahun 1 SVM:
https://spskt4.moe.gov.my/
Untuk maklumat lanjut, sila imbas KOD QR yang disediakan.
Lidya Marlynda dan Nur Alia Sofiah wakili Malaysia ke Geneva
29 Sept. 2022 - Nur Alia Sofiah binti Zainordin dan Lidya Marlynda binti Mahd Shah, murid tingkatan 4 dan 3 Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru sertai Pasukan Malaysia ke 2022 First Global Challenge di Geneva, Switzerland yang akan berlangsung pada 13 hingga 16 Oktober 2022. Pasukan Malaysia telah ditemu bual dalam program Malaysia Hari ini terbitan TV3 pagi tadi. Rakaman boleh dilihat dalam Youtube di bawah.
TIGRINES mohon restu Bonda
29 Sept. 2022 - Pasukan Bola Jaring STF, TIGRINES mengadakan perjumpaan dengan Bonda Hajah Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang STF bagi memohon restu . Semoga TIGRINES dapat mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan bola jaring SBP Kebangsaan nanti. Terima kasih Bonda, barisan pengurusan dan rakan-rakan guru2 STF.











