Home
Zainon Johan Kejohanan Olahraga STF ke 59
24 Sept. 2022 - Rumah Zainon bergelar sebagai Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga STF kali ke 59 yang berlangsung di Padang Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Kejohanan Olahraga telah disempurnakan oleh Datuk Yahya bin Jaa'far selaku Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru. Ramai ibubapa yang hadir untuk memeriah dan memberikan sokongan kepada anak-anak syurga yang menyertai perbarisan dan acara akhir yang dipertandingkan. Keputusan Kejohanan Olahraga STF :
Johan Sukantara : Rumah Zainon
Johan Perbarisan : Rumah Fatimah
Johan Maskot : Rumah Fatimah
Peserta Terbaik P14 :Nur Aqilah Batrisyah binti Mohd Ismail
Peserta Terbaik P15 : Nur Madihah Nor Azlan binti Helmi
Peserta Terbaik P18 : Nina Qistina binti Md Azmi
Johan Perempuan 14 : Rumah Zainon
Johan Perempuan 15 : Rumah Zeti
Johan Perempuan 18 : Rumah Zainon
Olahragawati : Nina Qistina binti Md Azmi
Johan Keseluruhan : Rumah Zainon
Kejohanan Olahraga STF Kali Ke 59


Srikandi Tari raih Naib Johan & Koreografi Terbaik

22 Sept. 2022 - Srikandi Tari STF berjaya meraih Naib Johan dan anugerah Koreografi Terbaik Pertandingan Tarian Etnik/kaum Kreatif Peringkat Kebangsaan 2022 yang berlangsung di Kolej Tunku Khursiah, Seremban. Selain Srikandi STF, 4 buah pasukan lain yang berjaya ke Pentas Akhir adalah SBP Integrasi Gombak, SMS Tuanku Aishah Rohani, Sekolah Alam Shah dan Kolej Tunku Khursiah.
Pentas Akhir Tarian Etnik/Kaum Kreatif Peringkat Kebangsaan 2022
Doakan kejayaan Kelab Tarian STF
21 Sept. : Seramai 18 orang ahli Kelab Tarian sedang menerima nasihat dan suntikan semangat dari Bonda Nor Hayati binti Yusoff yang akan menyertai Pertandingan Tarian Peringkat Kebangsaan di Kolej Tunku Khursiah, Seremban. Ahli Kelab Tarian akan bersaing dengan pasukan dari SBP Integrasi Gombak, SMS Tuanku Aishah Rohani, Sekolah Alam Shah, Kolej Tunku Khursiah yang telah terpilih sebagai 5 buah pasukan terbaik selepas bersaing dalam peringkat awal.
