Home
PROGRAM STEM DAN ROBOTIK ROBOTICIST
28 Sept 2022 - Majlis perasmian Program STEM dan Robotik ROBOTICIST yang dilancarkan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia, H.E. Dr Justin Lee Kedutaan Australia, Kuala Lumpur. Ia juga bagi meraikan peserta-peserta program yang ditaja oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia. Dalam majlis tersebut, diperkenalkan Team Malaysia yang akan bertanding dalam 2022 First Global Challenge di Geneva, Switzerland.
Karnival STEM Johor 2022

27 Sept. 2022 - STF telah menyertai Karnival STEM Peringkat Negeri Johor di SM Sains Kota Tinggi dan memenangi Anugerah Kategori Terbaik Alam Sekitar, Tempat Kelima Keseluruhan Pertandingan Young Innovators Fair bagi Karnival STEM Peringkat Negeri Johor dan akan mewakili Negeri Johor untuk Karnival STEM Peringkat Kebangsaan 2022.
Raja Atiqah Johan Nilam Bahasa Inggeris
26 Sept. 2022 - Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Nilam Peringkat Daerah PPD Johor Bahru. Saudari Raja Atiqah Sophia binti Raja Azman telah berjaya mendapat Johan bagi kategori Anugerah Nilam Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan saudari Afrina Farzana bnti Abdul Hafiz telah memenangi Naib Johan bagi kategori Anugerah Nilam Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Hadiah disampaikan oleh Tuan Hj Tukiman bin Sarmin, Timbalan PPD Pembelajaran , PPD Johor Bahru di Dewan Seminar PPD JB.
Hebahan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah Tahun 2022 | 1444H
🎙️Hebahan Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah Tahun 2022 | 1444H🎙️
Assalamualaikum Wbt.
Sukacitanya kami dari pihak Panitia Pendidikan Islam & BADAR Sekolah Tun Fatimah ingin memaklumkan bahawa
🌸 SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022 | 1444H 🌸
Akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
📆 Tarikh : 26 Sept - 12 Okt 2022
📍 Tempat : Sekitar Sekolah Tun Fatimah & Dalam Talian
Pelbagai aktiviti dan pertandingan bakal diadakan sempena Sambutan Maulidurrasul Ini.
Penglibatan & penyertaan semua amatlah kami harapkan.
Sekian terima kasih





