Home
PROGRAM SEDERAP SELANGKAH SBP JOHOR TINGKATAN 5
8 Ogos 2024 - Program Sederap Selangkah SBP Johor merupakan satu inisiatif kerjasama strategik antara Sekolah Tun Fatimah (STF) dan SBP Johor, bertujuan untuk memperkasa pencapaian murid-murid dalam menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. Program ini turut mengundang penyertaan dari SMK Bandar Baru Uda, SMK Tasek Utara dan MRSM Johor Bahru, menjadikannya sebuah usaha komprehensif yang melibatkan seramai 247 orang murid.
Program bermula dengan pendaftaran dan diteruskan dengan Slot 1 - Biologi bermula jam 2.00 petang. Usaha ini diharapkan dapat memacu kecemerlangan murid-murid dalam peperiksaan SPM 2024 yang bakal tiba.











