Home
Pelbagai program Tabung Ehsani Srikandi (TES)
20 Julai 2024 - Program TALK BY TES telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 12:30 tengahari. Pada sebelah petang pula, pelancaran IQRA BY TES yang disempurnakan oleh Pn Hajah Radziah Binti Md Din,Pengetua STF. IQRA BY TES merupakan kerjasama antara anak-anak TES dan Pengawas Pusat Sumber (PSS) yang mentransformasikan kiosk bas sedia ada kepada mini perpustakaan yang berkonsepkan ceria dan santai. Semua murid Sekolah Tun Fatimah boleh mengunjungi mini perpustakaan tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan pada Tabung Ehsani Srikandi (TES) yang diketuai oleh Pn Anis Saleha binti Mohd Arshad, Pengerusi TES, yang telah mengadakan PROGRAM TALK BY TES kepada anak-anak TES tingkatan 1 hingga 5 seramai 98 orang. Diharapkan anak-anak TES mendapat input, pengetahuan dan motivasi yang berguna sepanjang program berlangsung.


















