Home
KRS raih Naib Johan
29 Julai 2024 - Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah buat Pasukan Kadet Remaja Sekolah Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru atas kejayaan meraih Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki KRS Peringkat Daerah Johor Bahru 2024 yang telah berlangsung di Dataran Plaza Angsana Johor Bahru. Terima kasih buat barisan pentadbir, guru-guru penasihat KRS, jurulatih, guru-guru, ibu bapa serta warga kerja Desa Tun atas kerjasama dan bantuan semua.
STF sertai pameran sempena Hari Terbuka PPDJB
24 Julai 2024 - STF sertai pameran sempena Hari Anugerah Kecemerangan SPM 2023, Hari Terbuka PPDJB dan Majlis Apresiasi Guru Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2024 yang berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru selama dua hari bermula pada 23 Julai 2024..
Acara Akhir Sukan STF
24 Julai 2024 - Acara akhir Kejohanan Olahraga dan Balapan STF bermula dan akan berakhir pada 25 Julai 2024 berlangsung di padang Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Acara akhir yang dipertandingkan ialah Lompat Tinggi Terbuka, Lontar Peluru Perempuan 15,18, Rejam lembing Perempuan 15 dan 18, Lompat jauh Perempuan 13, 200 meter Perempuan 13,15 dan 18 dan 400 meter Perempuan 13,15 dan 18. Manakala acara yang akan dijalankan esok adalah Lontar peluru Perempuan 13, Lompat jauh 15 dan 18, Lempar Cakera Perempuan 15 dan 18, 800 meter Perempuan 15 dan 18 dan 4 x 100 meter Perempuan 15 dan 18.











