Home
Dynamites dapat tempat ketiga
KEJOHANAN BOLA KERANJANG SBP PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
Tarikh: 31 Julai- 4 Ogos 2024
Liga kump;
SESTER (12) vs STF (28)
STF (28) vs SMSAH (2)
SESERI (12) vs STF (16)
STF (23) vs SEMASHUR (28)
Semi finals:
SSP (72) vs STF (35)
Anugerah Khas:
Top Steal- Anis Nurafrina
SBP ALL STARS:
1. Anis Nurafrina 10
2. Nur Madihah 12
3. Qistina Shahida 8
4. Nila Suraya 15
اَلْحَمْدُلِلّه
Pasukan bola keranjang STF, Dynamites berjaya mendapat tempat ketiga bagi tahun 2024.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bonda pengetua,barisan pentadbir, guru- guru penasihat Dynamites,jurulatih & guru-guru yg memberikan sokongan,dorongan & doa.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan juga kepada ibu bapa & SK Dynamites yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada pasukan Dynamites.
Program Team Building Batch FELICIENNCE 2428
3 Ogos 2024 - Seramai 150 orang murid Ting 1 Batch FELICIENNCE 2428 terlibat dalam program Team Building : Sentuhan Harmoni di Dewan Bestari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Program dikendalikan oleh Tuan Faris bin Maimun dari Faris Maimun Academy. Diharap program ini dapat mengeratkan ukhwah dan kejelekitan sesama batch dan meningkatkan motivasi diri untuk terus berjaya di Sekolah Tun Fatimah.
Bengkel Kepemimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


2 Ogos 2024 - Bengkel Kepemimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) berlangsung di Dewan Bestari yang melibatkan semua ahli PRS, Ketua dan Penolong Ketua Batch Tingkatan 1 hingga 5. Bengkel ini dikendalikan Tuan Faris bin Maimun dari Faris Maimun Academy. Diharapkan semua peserta dapat beroleh ilmu dan pengalaman yang berguna dari bengkel ini.
PKSK 2025/2026










