Home
STF raih tempat ke 3
29 Okt 2021- Alhamdulilah STF telah mendapat tempat ke-3 bagi kategori Sekolah Menengah dalam Majlis Anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Peringkat Kebangsaan 2020. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Maznah binti Abu Bakar, Pengarah Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan, KPM pada jam 10.00 pagi 29 Oktober 2021 secara atas talian.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Bonda Pengetua Cemerlang, Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Penolong Kanan HEM, Puan Nakimah binti Paimin, PK Pentadbiran, Ustazah Haniza binti Abdullah, PK Koko En Mohd Khir bin Masbol, Guru-guru SPBT, Ahli Kelab SPBT dan semua warga STF yang memberikan kerjasama padu dan komited membantu pasukan SPBT.
Seterusnya ucapan jutaan terima kasih kepada pihak JPNJ, PPD JB, JU SPBT yang banyak membantu kami sepanjang program ini berlangsung pada tahun lepas. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada tim SPBT untuk terus cemerlang dan gemilang pada masa hadapan.
PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH KHUSUS TAHUN 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Sekolah Khusus. Sekolah-sekolah khusus itu ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) mulai tahun 2021.
Permohonan secara dalam talian ini melibatkan:
1. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) – Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4);
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) – Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4);
3. Sekolah Menengah Teknik (SMT) – Tingkatan Empat (4);
4. Kolej Vokasional (KV) – Tahun 1 KV; dan
5. Maktab Tentera Diraja (MTD) – Tingkatan Empat (4).
Permohonan ke Tingkatan Satu (1) boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my manakala permohonan ke Tingkatan Empat (4) melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my bermula dari 10 Oktober 2021 hingga 15 November 2021.
Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) secara dalam talian bermula dari 1 Disember 2021. Pentaksiran akan bermula dari 17 Januari 2022 hingga 27 Januari 2022 bagi Tingkatan Satu (1) dan 7 Februari 2022 hingga 17 Februari 2022 bagi Tingkatan Empat (4).
Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20%), kecerdasan intelektual (70%) dan artikulasi penulisan (10%).
Syarat permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus adalah seperti berikut:
1. Warga negara Malaysia;
2. Mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia;
3. Murid Tahun Enam (6) Tahun 2021:
a. Berumur 12 tahun atau
b. Lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010; dan
4. Murid Tingkatan Tiga (3) Tahun 2021:
a. Berumur 15 tahun atau
b. Lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007.
Keputusan pemilihan murid akan diumumkan pada 15 Mac 2022.







