Home
Pengetua STF bentang kertas kerja di Seminar Kebangsaan Kelestarian Kecemerlangan Sekolah




2 Sept. 2021 - Ustazah Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah membentangkan kertas kerja bertajuk Pemantauan, Intervensi Kepemimpinan Sekolah Capai KPI Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR) semasa Seminar Kebangsaan Kelestarian Kecmerlangan Sekolah Tahun 2021. Seminar yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 2 September 2021 dirasmikan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
Bicara Santai Valeria 2125 bersama Bonda
1 September 2021- Borak Santai Roadshow Audit Akademik bersama Bonda Nor Hayati Binti Yusoff, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah dan anak-anak syurga Valerie bersama ibu bapa telah berjaya dilaksanakan menerusi medium Google Meet.
Dalam ucapan beliau, bonda mengucapkan tahniah kepada 14 orang pelajar yang telah lulus ujian TOFAS Education di peringkat antarabangsa baru-baru ini.Di kesempatan itu,Bonda Nor Hayati mengucapkan sekalung penghargaan buat peserta pertandingan E-Majalah Hepili yang berjaya mendapat tempat saguhati dan Backstage Spotlight yang turut mendapat saguhati peringkat negeri.Bonda turut menyentuh isu tentang kehadiran pelajar yang mendukacitakan dan menegaskan perhimpunan mingguan wajib dihadiri.
Seterusnya,bonda mengingatkan bahawa Ujian 3 akan dijalankan pada 5 September hingga 9 Semptember 2021 dan mengharapkan terdapat peningkatan kerana keputusan peperiksaan Ujian 2 menurun dengan banyak.Bonda terus mrnghargai pencapaian 8 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Straight A dalam Ujian 2.
Beliau turut memuji keberanian Izni Izzati Binti Mohd Hazli yang memberikan ucapan Public Speaking tentang topik ‘Online Learning Like or Dislike’.Bonda Norhayati turut mengingatkan lagi tentang hafazan surah pilihan iaitu Surah Al-Mulk dan Surah Ar-Rahman serta menekankan tentang aspek jadual serta adab PdPr.
Selain itu,Encik Mohd Khir,Penolong Kanan Kokurikulum menyatakan bahawa keputusan PAJSK pelajar Tingkatan 1 berada pada paras sederhana dan penyertaan sukan perlu ditingkatkan.Namun begitu,beliau mengerti tentang kebatasan menyertai program sukan terutama waktu pandemik ini.Setelah itu,Ustazah Nor Haniza Binti Abdullah serta Puan Nakimah Binti Paimin turut menyatakan ucapan motivasi dan kata-kata semangat.
Puan Erin yang mewakili Sarana Tingkatan 1 serta ibu bapa yang menghadiri juga menitipkan agar para pelajar terus mengekalkan momentun yang cemerlang sehinggalah tiba masanya menempuhi SPM pada tahun 2025.Majlis diteruskan dengan sesi terakhir iaitu bacaan ikrar kecemerlangan SPM 2025 oleh Ketua Tingkatan 1,Marsya Najihah Binti Rosmaini @ Rosman.
Bicara Bonda bersama Meravigliosa


29 Ogos 2021- Roadshow Audit Akademik bersama Bonda Nor Hayati Binti Yusoff bersama anak-anak syurga Meravigliosa telah berjalan dengan lancar menerusi medium Google Meet.
Dalam ucapan beliau, Bonda menyentuh tentang isu kehadiran pelajar yang kurang memberangsangkan dalam perhimpunan mingguan. Bonda juga mengumumkan tarikh penilaian yang terdekat, iaitu pada 5 hingga 9 September ini. Beliau juga mengingatkan para pelajar tentang hafazan Surah Al-Jumu'ah dan Surah Al-Waqiah yang akan dinilai ketika sesi PDPR.
Di kesempatan tersebut, Bonda Nor Hayati memgucapkan tahniah buat 38 pelajar yang telah lulus dalam penilaian matematik anjuran TOFAS Education, khususnya Danisha Fariza dari kelas 2 Feminin yang telah mendapat markah penuh. Beliau terus menghargai pencapaian Amirah Shofiyya 2 Bersih dalam Ujian 2 yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran serta pelajar-pelajar lain yang turut cemerlang.
Seterusnya, Bonda dan Encik Mohd Khir, Penolong Kanan Kokurikulum mengambil kesempatan memuji keberanian enam orang pelajar yang menyahut cabaran bersaing dengan pelajar lelaki dalam pertandingan Sultan Muzaffar Syah MLBB E-Sport anjuran SMS Sultan Muzaffar Syah, Melaka. Encik Mohd Khir juga mengulas tentang rekod PAJSK pelajar Tingkatan 2 yang baik setakat bulan Julai ini.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan motivasi dankata-kata semangat daripada Ustazah Nor Haniza Binti Abdullah serta Puan Nakimah Binti Paimin. Puan Zanariah Binti M. Yasin selaku wakil Sarana Tingkatan 2 juga menitipkan agar para pelajar terus mengekalkan momentum yang cemerlang sehinggalah tiba masanya untuk menempuhi SPM pada tahun 2024.





