Home
VIRTUAL CSR@SSR BERSAMA SK MOHD KHIR JOHARI
12 Sept. 2021 - Program Virtual CSR@SSR bersama SK Mohd. Khir Johari, Johor Bahru telah berlangsung pada jam 10 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini telah dirasmikan oleh Bonda Pengetua Cemerlang, Bonda Nor Hayati binti Yusoff. Guru Besar SK Mohd Khir Johari, En Rodyisnansyah bin Julaihi juga turut menyampaikan pesanan kepada semua peserta. Program ini telah dilaksanakan di rumah kediaman masing-masing melalui platform Google Meet.
Program kolaborasi dan sinergi STF dan SK KHIR JOHARI yang julung kali diadakan untuk membina jaringan hubungan ilmu dan kerjasama aktiviti kelab SPBT.Program ini menampilkan tutor muda dari STF yang telah berkongsi ilmu dan kemahiran berkaitan explorasi buku teks digital secara atas talian. Tutor Muda STF iaitu Qaisara Sorfina Shasha binti Suhardi, Syifa binti Izzat, Fitrah Zakiah binti Faisal dan Nur Elysa Syafirah binti Mohamad Yusof telah berkongsi ilmu mengenai Strip Komik, Infografik, Buku Teks Anyflip Dan Anyflip Muzikal.
Program ini telah dihadiri seramai 120 peserta dari SK Mohd Khir Johari dan STF. Program berjalan dengan lancar. Peserta-peserta sangat aktif bertanya sepanjang sesi berlangsung. Sesi quiziz juga turut dijalankan. Semua peserta teruja dan bersemangat menjawab soalan-soalan tersebut. Alhamdulilah. Kelab SPBT STF selaku penganjur program merakamkan ucapan jutaan terima kepada semua hadirin terutamanya semua warga SK Mohd Khir Johari dan STF yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Idea kreatif murid ditonjolkan dalam pertandingan Bulan Kebangsaan dan Maal Hijrah
9 September 2021 – Perhimpunan rasmi Sekolah Tun Fatimah atas talian bilangan ke-11 telah berjalan dengan lancar menerusi medium Youtube Rasmi STF. Perhimpunan rasmi tersebut dimulakan tepat pada pukul 2.45 petang dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku.Bacaan suci ayat Al-Quran alunan saudari,Nur Dinie Aleya binti Noraizam daripada kelas 3 Setia.Kemudian diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ruzaiza bin Ahmad.
Puan Siti Norfalisha binti Rusli selaku guru bertugas pada minggu ini memberikan ucapan motivasi kemerdekaan dan mengharapkan bahawa ujian penilaian kurikulum ketiga yang dilaksanakan baru-baru ini lebih cemerlang. Seterusnya, tayangan montaj multimedia aktiviti Bulan Kebangsaan dan Maal Hijrah. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Bonda Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah yang menzahirkan ucapan tahniah buat pelajar serta guru-guru yang sentiasa komited memberi komitmen dalam kesempatan itu juga beliau mengumumkan pelajar yang telah menunjukkan kejayaan dalam kokurikulum pada minggu tersebut. ( Lampiran : Kejayaan Kokurikulum)
Seterusnya majlis diteruskan dengan agenda utama iaitu penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang Pertandingan Bulan Kebangsaan dan Pertandingan Maal Hijrah yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Antara aktiviti menarik yang telah dianjurkan bagi Bulan Kebangsaan ialah Pertandingan Mendeklamasikan Sajak, Pidato Merdeka, Poster Digital, Tiktok Challange, Fotografi Merdeka dan Lagu Patriotik manakala aktiviti Maal Hijrah yang dijalankan adalah Daie Solehah, Animasi Hijrah, Tiktok Hijrah, Tulisan Khat dan Karangan Pendek Jawi. Anugerah utama iaitu Anugerah Srikandi Patriotisme dianugerahkan kepada Marsya Najihah binti Rosmaini@Rosman. Penyertaan terbaik Maal Hijrah pula disanjung oleh Batch Meravigliosa. ( Lampiran : Senarai pemenang Aktiviti Bulan Kebangsaan, Senarai pemenang Aktiviti Maal Hijrah). Bonda Nor Hayati binti Yusoff turut menitipkan ucapan penutup bagi Bulan Kebangsaan serta Maal Hijrah. Ikrar Kecemerlangan SPM 2024 dari Batch Meravigliosa iaitu di wakilkan oleh Nurul Hazwanie binti Naim dan Ikrar Kecemerlangan SPM 2021 Batch Estrella Valasca dari Nur Afrina Aqilah binti Muhammad Haris menjadi agenda terakhir bagi perhimpunan rasmi kali ini.
| Titipan Bonda | |
|
Hijrah Itu.. Hijrah Itu... |
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Laungan Keramat Membakar Semangat, Rukun Negara Diamal Bak Azimat, Raja Berpelembagaan Junjungan Rakyat, Generasi Milenium Pemenuh Hasrat, Keluarga Malaysia kini Di Landasan Tepat, Nor Hayati binti Yusoff |
STF terus unggul dalam DSTA Johor
8 Sept. 2021 - STF melalui penyertaan dari Mai Alisha Sofia Binti Mohamad Husni (5 Feminin), Nik Iman Nabilah Bt Shamsul Anuar (5 Feminin), Anyssa Farhana Bt Aswat (5 Bersih) dan Aqilah Hazirah Ilyana Binti Albert Feisal @ Muhammad Feisal (5 Jujur) dimbimbing Puan Nur Safiqa binti Sapar terus mengulangi kejayaan tahun lepas dengan melakar kejayaan sebagai Johan Digital Storytelling Animation (DSTA) 2021 Peringkat Negeri Johor yang telah diumumkan semalam melalui atas talian. STF akan mewakili Johor untuk ke DSTA Peringkat Kebangsaan dan semoga beroleh Johan seperti mana kejayaan tahun lepas. Sama-sama kita doakan.
Bual Bicara Bonda 2.0 Bersama Estrella Valasca
4 September 2021 - Bual bicara bersama Bonda Nor Hayati bin Yusoff, Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah dan anak-anak syurga Estrella Valasca bersama para ibu bapa telah berjaya dilaksanakan secara maya menggunakan medium Google Meet . Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin bacaannya oleh Ustaz Mohd Izzudin bin Mohd Romli . Bonda mengatakan bahawa ini merupakan penampilan terakhir ustaz di STF kerana akan berpindah ke Sekolah Menengah Sains Muar (SAMURA) setelah menamatkan khidmatnya selama 5 tahun di sini. Bual bicara bonda dimulakan dengan menganalisis pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri ke perhimpunan atas talian pada 29 Ogos yang lalu . Bonda mengatakan ini merupakan perkara yang remeh temeh tetapi perlu diambil serius kerana semua pelajar tingkatan 5 akan menempuhi alam universiti dan pekerjaan.
Agenda seterusnya, bonda mengalungkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar bernama Sofea Nur Azzalea binti Suhaizad atas pencapaian dalam memperoleh BRONZE HONOUR in International Astronomy Astrophysics Competition . Mana-mana pelajar yang memperoleh apa-apa kejayaan boleh berkongsi dengan pihak sekolah . Objektif terpenting bual bicara ini sudah semestinya berkaitan penialaian akademik yang dianalisis bagi semua pelajar , Para pelajar baru sahaja menjalani Ujian 2 dan subjek elektif bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun pada akhir Mei . Analisis dimulakan dengan perbandingan gps antara batch yang sebelum ini . Data menunjukkan perkembangan yang positif daripada anak-anak syurga Estrella Valasca . Penilaian dimulakan dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris . Jika hendak dibandingkan dengan PPT , GPS kali ini menurun dan bonda sangat menekankan bahawa ini merupakan subjek terus wajib lulus dan wajib memperoleh gred A+ untuk pelajar STF. Kemudian , subjek Sejarah juga menunjukkan prestasi yang menurun dan seperti biasa bonda akan menyeru nama-nama yang markahnya tidak konsisten . Subjek Matematik juga memberikan gred purata yang tinggi melambangkan subjek ini tidak mencapai target yang sepatutnya diperoleh oleh pelajar STF . Bonda berpesan bahawa sebagai pelajar sains, jangan tinggalkan subjek teras kerana ia akan memberi kesan yang besar kepada gred purata sekolah . Keadaan yang sama dilihatkan untuk subjek Kimia dan Fizik . Diteruskan pula dengan subjek Pendidikan Islam , Biologi dan Matematik Tambahan yang menunjukkan perkembangan gred yang sangat positif bahkan telah memecah rekod batch sebelum ini . Seterusnya, bonda juga mengingatkan Ujian 3 akan bermula minggu hadapan dan mengharapkan keputusan akan lebih memberangsangkan .Bonda tidak lupa untuk menghargai pencapaian 37 orang yang mendapat straight As dalam PPT dan 21 orang dalam Ujian 2 .
Perjumpaan dilanjutkan dengan peringatan bonda tentang surah pilihan iaitu Surah Nuh dan Surah Al-Insan serta menekankan adab ketika PdPR untuk sentiasa fokus . Dengan berbaki lagi beberapa bulan , bonda mengharapkan semua 139 orang calon SPM 2021 untuk mengorbankan beberapa perkara demi masa depan kami. Seterusnya , Penolong Kanan Kokurikulum , Encik Mohd Khir bin Masbol menambah sedikit kata-kata tentang PAJSK serta menyatakan bahawa semua ana-anak syurga EVA melaksanakannya dengan baik cuma ada beberapa orang markahnya masih lemah dan akan dibual bicara secara personal. Setelah itu , Ustazah Norhaniza binti Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran meneruskan ucapan dengan hanya mengharapkan semua pelajar sedar dan tetap fokus akan peperksaan yang semakin menghampiri . Diteruskan dengan Puan Nakimah binti Paimin , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baharu , untuk mengingatkan para pelajar menjaga kesihatan fizikal dan mental . Beliau mengingatkan para pelajar untuk menghantar tugasan tepat pada waktunya . Kemudian , Ketua Batch , Nur Alaney Iman meneruskan ucapannya kepada rakan seperjuangan untuk kekal tabah menghadapi pelbagai cabaran . Sebagai seorang ketua , dia memberikan kata-kata motivasi dan semua pelajar perlu membantu antara satu sama lain supaya tiada satupun yang tertinggal kebelakang . Ucapan dari Ketua Pelajar iaitu Fatin Nabilah juga mengatakan ucapan yang sama . Wakil ibu bapa juga iaitu Hanita binti Hassan menitipkan ucapan untuk pelajar agar sentiasa sabar dan teruskan perjuangan dalam menggapai kejayaan SPM2021 tahun hadapan . Moga segala perjuangan dipermudahkan . Begitulah tamat sudah bual bicara bersama bonda untuk anak-anak syurga Estrella Valasca.









