Home
Hj Razin kekal sebagai YDP

26 Sept. 2021 - Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 02.00 petang mesyuarat telah bermula dengan menggunakan aplikasi webex. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Syafiq Yusof dan diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Md Razin Bin Mahmood Seterusnya ucapan Pengetua Cemerlang Pn Nor Hayati Binti Yusoff selaku penasihat PIBG.
Seterusnya majlis disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Tun Fatimah Kali Ke-39. YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, Penyata Tahunan serta Penyata Kewangan sesi 2019&2020. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
AJK PIBG Sesi 2021/2022
YDP : Tn Hj Md Razin Bin Mahmood
NYDP : Pn Alina Binti Abd Latif
Setiausaha : Pn Siti Nurul Ain Binti Ashari
Bendahari : Pn Rosmazuiana Binti Che Harun
Penolong Bendahari : Pn Roziana Binti Zakaria
AJK Tingkatan 1 : Hjh Sarina Binti Md Abdul Rahman
AJK Tingkatan 2 : Pn Zanariah Binti Yasin
AJK Tingkatan 3 : En Zulfadzli Bin Zakaria
AJK Tingkatan 4 : Pn Eta Fara Binti Samin
AJK Tingkatan 5 : Datin Hjh Haniza Bintu Abd Rahaman
AJK GURU
Pn Salbiah Binti Bayudi
Pn Siti Maimunah Binti Pakkan
Pn Wardah Binti Mohd Yasin
En Ahmad Syafiq Bin Yusof
Juru Audit (Ibubapa) : Noruzairen Binti Jaffar
Juru Audit (Guru) : Pn Nuurol Wahida Binti Mohd Zaki
Perhimpunan Rasmi Atas Talian Bil. 12/2021
19 September 2021 - Perhimpunan rasmi Sekolah Tun Fatimah atas talian bilangan ke-12 telah berjalan dengan lancar menerusi medium Youtube rasmi STF. Perhimpunan dimulakan tepat pukul 2 petang dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu Negaraku. Kemudian, perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Syafiq Bin Yusof. Seterusnya, lafaz ikrar sekolah diketuai oleh pengawas yang bertugas sebagai juruacara majlis.
Puan Lely Khalilah Binti Abd Kamar selaku guru bertugas pada minggu ini memberikan ucapan tips gaya hidup sihat dan mengharapkan agar semua warga Desa Tun sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria. Seterusnya, ucapan diberikan oleh Bonda Nor Hayati Binti Yusoff. Pengetua Cemerlang Sekolah Tun Fatimah menzahirkan ucapan tahniah buat pelajar serta guru-guru yang sentiasa komited memberi komitmen dalam kesempatan itu juga beliau mengumumkan pelajar yang telah mencapai kejayaan dalam kokurikulum minggu tersebut. (Lampiran Pencapaian Kokurikulum)
Majlis diteruskan dengan agenda utama iaitu penyampaian anugerah bagi Pensijilan Tahap Puteri PPIM dan pemenang-pemenang bagi Pertandingan Kuiz PPIM, Festival Puteri 2021 (Lampiran Pemenang) serta Pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah sempena Sambutan Kemerdekaan Negara kali ke-64. Antara aktiviti menarik yang telah dianjurkan oleh PSS STF ialah Pertandingan Teka Silang Kata, Pertandingan Mencipta Jalur Gemilang dan Pertandingan Independence Day Influencer (Lampiran Pemenang). Bonda Nor Hayati Binti Yusoff turut menitipkan ucapan motivasi untuk mencapai kejayaan. Ikrar Kecemerlangan SPM 2025 dari Batch Valerie diketuai oleh Amira Nur Al-Aleesya Binti Abdullah dan Ikrar Kecemerlangan SPM 2021 dari Batch Estrella Valasca diketuai oleh Nurul Adlina Binti Azhar menjadi agenda terakhir bagi perhimpunan rasmi kali ini.
SPBT@STF raih Anugerah Pengurusan SPBT Terbaik Daerah Johor Bahru
14 Sept. 2021 - Encik Shahruddin Zainel Abildin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Hal Ehwal Murid(Pembangunan Murid) PPD JB telah menyampaikan Anugerah Pencapaian Emas Pengurusan SPBT Terbaik Daerah Johor Bahru pada tahun 2019 dan 2020 kepada Unit SPBT. Anugerah telah disampaikan oleh En. Shahruddin sewaktu sesi lawatan singkat ke Bilik SPBT. Turut bersama dalam majlis penyampaian tersebut adalah Bonda Pengetua Cemerlang, Bonda Nor Hayati Yusoff dan Penolong Kanan HEM, Puan Nakimah binti Paimin dan Penyelaras SPBT, Cik Idayati Harun. Unit SPBT merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak JPNJ, PPD JB atas penghargaan tersebut. Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada barisan pentadbir dan seluruh warga STF. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada SPBT untuk terus cemerlang pada masa hadapan.



